Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

4 Mayat Dijumpai Dalam Masa Terdekat Di Pulau Jeju

Pegawai ni rupanya dah kendalikan 298 kes orang hilang sejak Mac 2025, dan disyaki dia palsukan lebih 200 daripada kes-kes tu.

Gempar satu dunia dengan kes seorang wanita Korea yang hilang dan ditemui mati di Jeju Island. Nama dia Jang Mi-ran, umur 37 tahun. Dia dilaporkan hilang pertengahan Mei lepas oleh teman lelaki dia. Tapi yang buat orang naik angin, kes dia sepatutnya disiasat betul-betul, tapi seorang pegawai polis, dikenali dengan nama keluarga Bu, tutup kes ni dalam masa dua jam setengah je selepas laporan dibuat. Dia tulis dalam rekod dia dah hubungi Jang dan kata Jang memang tak nak dihubungi keluarga dia. Padahal semua tu bohong semata-mata.

Kes ni jadi lagi rumit sebab keluarga Jang buat laporan orang hilang sekali lagi bulan lepas sebab rasa something tak kena. Barulah polis gali dalam-dalam dan jumpa yang pegawai berkenaan sebenarnya langsung tak pernah cuba cari atau hubungi Jang. Yang lagi mengejutkan, pegawai ni rupanya dah kendalikan 298 kes orang hilang sejak Mac 2025, dan disyaki dia palsukan lebih 200 daripada kes-kes tu. Bayangkan berapa ramai lagi mungkin terabai macam ni.

Bila polis sedar ia salah, mereka baru mula semak rakaman CCTV kawasan Hallim, tapi dah terlambat 98 hari. Footage yang biasa disimpan sekitar 30 hari je dah lama terpadam. Sebab tu susah sangat nak jejak pergerakan terakhir Jang. Lepas tu barulah pasukan gabungan sampai 400 orang, termasuk polis, tentera, dan orang awam dikerah cari, dengan purata 140 orang bertugas setiap hari guna data lokasi telefon bimbit.

Yang paling menggemparkan, dalam masa tiga hari je, 22 hingga 24 Ogos, sebanyak empat mayat orang hilang dijumpai merata-rata di Pulau Jeju. Termasuk seorang lelaki dalam lingkungan 70-an dijumpai dalam air, dan seorang lagi pada pagi yang sama. Jang sendiri akhirnya dijumpai 24 Ogos di sebuah ladang kelapa sawit di Hallim, hanya sekitar 400 meter dari tempat penginapan dia, lepas 104 hari hilang. Kedudukan mayat menunjukkan dia mungkin mati akibat digantung.

Setakat ni polis kata takde bukti kukuh yang hubungkan semua kematian ni dengan satu pembunuh bersiri, tapi siasatan masih jalan. Pegawai Bu dah ditahan atas tuduhan mengabaikan tugas dan memalsukan rekod elektronik, manakala empat pegawai kanan turut digantung tugas. Presiden Korea sendiri dah arahkan reformasi menyeluruh sistem polis ekoran skandal ni. Untuk yang dah rancang percutian ke Pulau Jeju dalam masa terdekat ni, sentiasa laporkan keberadaan anda kepada rakan terdekat atau keluarga.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.