Dengar playlist penuh di sini
The Geng adalah “Komuniti Digital Dewasa” berbahasa Melayu, merupakan sebuah inisiatif oleh The Geng Ventures Sdn. Bhd. (202501044137 / 1645545-A) yang membawakan cerita realiti kehidupan tentang keluarga, kesihatan, isu sosial dan nostalgia yang dekat di hati.
The Geng juga menampilkan wajah dan suara yang tidak asing lagi seperti Linda Onn, C-Lan Paul, David Low dan Rostam Said. Kami membina komuniti melalui perbualan yang jujur dan relevan menerusi media sosial, podcast, laman web dan pelbagai aktiviti The Geng.
Setiap segmen dikendalikan oleh hos yang membawa karakter unik mereka:
| Podcast | Keterangan | Hos | Waktu |
|---|---|---|---|
| Geng Spotlite | Podcast naratif perjuangan dan kejayaan yang mencetuskan inspirasi serta meninggalkan impak luar biasa | Linda Onn | Setiap Isnin |
| Geng Sihat | Podcast kesejahteraan yang praktikal, mendalam, dan bermaklumat | Pak Tam | Setiap Selasa |
| Geng Famili | Podcast kekeluargaan yang mengupas realiti dan kisah harian sebenar | C-Lan Paul | Setiap Rabu |
| Geng Apa Saja | Podcast gaya hidup dan pelbagai topik yang menawarkan perspektif luas serta diskusi terbuka | David Low | Setiap Khamis |
| Geng Retro | Podcast memori lama yang menghidupkan kembali nostalgia dan kenangan zaman berzaman | Pak Tam | Setiap Jumaat |
| Geng Netizen | Podcast suara digital yang mengupas isu tular dan fenomena media sosial masa kini | The Geng | Akan datang |
Menerusi enam segmen ini, The Geng menyajikan pelbagai kandungan relevan dan menghiburkan yang mudah diikuti oleh komuniti dewasa daripada pelbagai latar belakang.
Berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti The Geng? Sertai kami di sini!