Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengfamili_master

Trend Riyak ‘Terpaling Bahagia’ Semakin Menjadi-jadi?

Kalau nak diukur sesuatu kebahagian tu, apa yang nampak mewah belum tentu tenang dan apa yang tenang tak semestinya perlu diumumkan

Bila matlamat menghalalkan cara, segalanya perlu ditayang

Dulu, orang sambut ulang tahun perkahwinan mungkin sekadar makan malam istimewa. Suami belikan hadiah, isteri senyum..cukup. Kalau pun ada gambar, simpan dalam album keluarga. Sekarang lain ceritanya. Hadiah anniversary bukan sekadar hadiah… ia jadi content: unboxing, close-up jenama, kapsyen lovey-dovey panjang berjela, siap berpuluh hantaran dan story seolah-olah semua orang wajib tahu apa yang diterima.

Persoalan sebenar, adakah ini tanda kita makin bersyukur… atau makin riyak tanpa sedar?

Realitinya, media sosial banyak mengubah cara kita berinteraksi dan bertindak dalam kehidupan. Kalau dulu segalanya bersifat peribadi, tapi hari ini tidak lagi,  terasa rugi kalau tak dikongsi. Bukan sebab kita ada niat kurang bagus, tapi sebab kita dah dilatih tanpa sedar untuk cari validasi – like, komen, “ya Allah sooo suweeeet”, “untungnya dapat shuben macam ni”. Lama-kelamaan ukuran bahagia bukan lagi pada rasa hati yang tenang, tapi lebih menjurus kepada reaksi orang… kan?

Di sinilah mula timbul budaya matlamat menghalalkan cara.

Demi nampak bahagia, ada yang sanggup:

  • menayang hadiah untuk buktikan hubungan sebahagia Romeo and Juliet.
  • mempamer gaya hidup walau pada hakikatnya sedang sempit umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
  • membanding-banding dan buat orang lain rasa kurang.
  • atau menjadikan pasangan seperti alat untuk imej / branding diri.

Nak mengecapi bahagia itu bukan sesuatu yang perlu kita lawan antara satu sama lain. Apa yang nampak mewah belum tentu tenang. Dan apa yang tenang tak semestinya perlu diumumkan.

Jangan pukul rata semua posting itu riyak

Namun begitu bukanlah bermakna semua perkongsian itu riyak. Ada juga yang kongsi sebagai kenangan, atau nak memberi inspirasi. Tapi beza riyak dan kenangan kadang-kadang tu dah boleh jadi halus-sehalusnya, tengok bawah mikroskop pun gagal.. Antara tanda yang patut diperhati pada diri adalah kalau kita rasa gelisah bila tak post, atau rasa tak puas hati mahupun gagal bila engagement rendah…itu mungkin petanda kita dah mula bergantung pada pandangan manusia. Scary kan?

Cara paling selamat ialah kembali pada niat dan adab:

  • Kalau nak kongsi, cukup sekadar sederhana tanpa menunjuk harga dan jenama.
  • Elakkan gaya yang mengundang perbandingan atau buat orang rasa rendah diri.
  • Lebihkan doa bukan menayang.
  • Dan paling penting beringatlah yang paling berharga dalam rumah tangga bukan hadiah tapi rasa hormat, sabar, dan kasih.

Kadang-kadang cinta yang paling kuat bukan yang paling viral tapi yang paling banyak dijaga… walaupun tak ada siapa pun yang tahu. Kalaulah masih nak orang tahu jugak, perkongsian momen-momen anda makan istimewa bersama tersayang di My Mom’s Chicken Rice is definitely acceptable! Kenapa? Sebab kata Linda Onn “our recipe is love”. Jadi kalau anda nak tayang cinta yang diikat melalui citarasa Linda Onn ini, sama sekali tak timbul isu riyak kannn? Untung-untung lebih ramai yang bakal menikmati pengalaman cinta yang sama di My Mom’s Chicken Rice

aneka nasi ayam
aneka mi
aneka hidangan sampingan

Cawangan MMCR terbesar yang terletak di My Town Shopping Centre. Kalau ada yang berhajat nak buat gathering ke buat parti hari jadi ke…sumpah sesuai!

Penafian: Artikel ini merupakan kandungan tajaan daripada My Mom’s Chicken Rice.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.