Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Jom Gali Sejarah F Language, Bahasa Rahsia Zaman Kanak-kanak

Kalau hari ini anda masih boleh bercakap F Language dengan lancar itu tandanya anda memang produk asli zaman tersebut...

Siapa je tak pernah guna… tapi siapa pencipta sebenar?

Bagi kanak-kanak yang membesar pada era 80-an dan 90-an, F Language atau bahasa F bukan sesuatu yang asing. Digunakan di sekolah, di taman permainan malah depan orang dewasa tanpa mereka faham sepatah pun. Ia ringkas kelakar dan yang paling penting…rahsia. Tapi persoalannya dari mana datangnya bahasa ini? Siapa yang mula?

Atau sebenarnya… tiada siapa-siapa pun?

Apa Itu F Language?

Secara ringkas, F Language ialah satu bentuk bahasa sisipan. Huruf “F” menggantikan huruf konsonan pertama dan bunyi vokal asal dimasukkan selepas setiap suku kata. Contohnya :

“Saya lapar” jadi “Sa-fa-ya-fa la-fa-par-far”

“Jom pergi” jadi “Jom-fom per-fer-gi-fi”

Bagi yang clueless, bunyinya kedengaran laju, pelik dan mengelirukan. Tapi bagi kanak-kanak, ia mudah dipelajari asalkan biasa dengar.

Siapa cipta F Language?

Tiada individu khusus yang boleh dikreditkan. F language bukan dicipta secara rasmi, bukan hasil kajian linguistik, dan bukan juga berasal dari satu komuniti tertentu. Ia tergolong dalam kategori “bahasa permainan”. F language dipercayai berkembang secara organik, diturunkan dari abang ke adik, senior ke junior, satu generasi ke generasi seterusnya tanpa pernah direkodkan secara rasmi.

Kenapa Huruf “F”?

Tiada jawapan muktamad tetapi terdapat beberapa teori:

  1. Bunyi “F” jelas dan mudah diulang.
  2. Tidak terlalu mengganggu struktur asal perkataan.
  3. Jarang digunakan dalam pertuturan Melayu harian, jadi lebih thrill gitu.
  4. Kanak-kanak secara semula jadi memilih sistem yang mudah, konsisten dan boleh dikuasai cepat.

Fungsi Sebenar F Language

F Language bukan sekadar suka-suka. Ia ada fungsi sosial yang kuat seperti:

  1. Bahasa rahsia untuk bercakap depan cikgu atau ibu bapa
  2. Alat membina “geng” dan rasa kebersamaan
  3. Latihan kognitif sebab otak perlu pantas memecahkan dan menyusun suku kata
  4. Tanpa sedar, kanak-kanak sebenarnya sedang bermain dengan struktur bahasa, satu bentuk pembelajara linguistik semula jadi.

Kenapa Ia Makin Pupus?

Hari ini F Language semakin jarang digunakan. Faktor utamanya:

  1. Gajet & komunikasi digital
  2. Kurang interaksi permainan fizikal
  3. Budaya kanak-kanak yang lebih individualistik

Namun bagi generasi 80-an dan 90-an, F Language kekal sebagai memori kolektif. Simbol zaman kanak-kanak yang bebas, kreatif dan penuh imaginasi.

Produk Asli F Language

F Language tidak pernah ada pencipta rasmi, tidak pernah dicatat dalam buku teks, dan mungkin tidak akan diajar lagi. Tapi ia bukti bahawa kanak-kanak sentiasa kreatif, mampu mencipta sistem komunikasi sendiri tanpa disuruh, tanpa dirancang. Dan kalau hari ini anda masih boleh bercakap F Language dengan lancar itu tandanya anda memang produk asli zaman tersebut.







Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.