Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Seni Mengucap Terima Kasih Dan Mohon Maaf Di Jalan Raya

Kadang-kadang semudah angkat tangan je dah cukup untuk elakkan satu makian. So, jom belajar isyarat di jalan raya...

Jalan jadi medan perang emosi.

Kalau perasan, ramai pemandu di jalan raya sebenarnya bukan pemarah mana pun. Cuma emosi dia je ‘nipis’. Lambat sikit kereta depan bergerak, hon. Cilok masuk laluan, maki dalam kereta. Tak bagi signal, terus cap pemandu lain sebagai tak ada adab. Hakikatnya, satu benda mudah je yang tak ada dalam kalangan pengguna jalan raya iaitu courtesy.

Padahal ucapan terima kasih atau maaf di jalan raya tak keluarkan suara pun. Cukup dengan isyarat kecil, hati orang boleh terus sejuk.

Angkat tangan keluar tingkap. Cara klasik tapi berkesan.

Ini antara cara paling universal. Bila kita tersalah masuk laluan orang, angkat tangan tinggi-tinggi keluar tingkap sebagai tanda “sorry ya”. Tak perlu tunduk sampai keluar badan pun. Cukup jelas orang belakang nampak. Biasanya pemandu yang rasa nak marah pun terus soft je bila nampak usaha ni.

Double signal bahasa terima kasih pemandu malaysia.

Bila orang bagi laluan especially masa dalam kesesakan, bagi double signal sekejap. Maksud isyarat ni lebih kurang macam, “Thanks bro / sis.” Tak payah turun tingkap, tak payah senyum pun. Lampu dah bercakap bagi pihak kita.

Wiper belakang belakang sebagai isyarat ‘maaf & terima Kasih’ senyap-senyap

Ini teknik halus tapi power. Gerakkan wiper belakang sekali atau dua kali bila kita rasa bersalah atau nak ucap terima kasih. Ramai pemandu faham maksud ni, walaupun tak semua orang guna.

Beam sekejap, jangan lebih-lebih pula

Bagi lampu tinggi sekali atau dua kali sahaja sebagai tanda acknowledgment. Jangan beam lama-lama sampai rasa macam nak provoke. Beam ni versi sopan, bukan versi gangster.

Courtesy honk , hon yang tinggi adabnya.

Hon pun boleh jadi bahasa tapi kena guna ikut cara yang betul. Tekan hon pendek dan ringan ala-ala bungi “pip” gitu. Bukan hon panjang sampai satu taman dengar minta penampar berjemaah. Courtesy honk ni biasanya untuk ucap terima kasih atau bagi peringatan lembut bukan untuk lepaskan amarah.

Signal awal pencegah kemarahan .

Kadang-kadang orang marah bukan sebab kita masuk laluan tapi sebab tak bagi signal. Ada juga kes dah bagi signal , tapi time tu jugaklah dia nak laju ke depan tetap tak nak beri laluan pada yang menagih. Padahal jarak jauh je pada awalnya, nampak sangat busuk hati kat situ. So apa kata pakejkan signal, tangan diangkat sedikit dan eye-contact tanda mintak jalan. Cara ni paling berkesan.

Muka jangan keras sangat

Kalau berhenti sebelah-sebelah di traffic light, jangan buat muka keras macam nak gaduh. Kadang-kadang angguk sikit pun dah cukup. Untung-untung berjodoh.

bride, groom, couple, love, model, natural, woman, beautiful, portrait
Selamat pengantin baharu in advance

Kesimpulannya jalan raya akan jadi tempat yang jauh lebih tenang kalau semua orang praktikkan sikit adab. Kita tak boleh kawal emosi orang lain tapi kita boleh kawal cara kita berkomunikasi. Kadang-kadang, semudah angkat tangan je dah cukup untuk elakkan satu makian.

Ingat, kita semua nak sampai rumah dengan selamat bukan dengan tekanan darah naik

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.