Dengar playlist penuh di sini
.
Selalu dengar orang cakap, “Aku ni introvert” atau “Dia tu extrovert, memang bising.” Tapi sebenarnya, personaliti manusia tak sesimple hitam putih. Dalam dunia psikologi moden ni, kita kenal tiga jenis personaliti utama iaitu introvert, extrovert, dan satu lagi ambivert.
Kita yang mana satu?
Introvert bukan anti-sosial. Ini salah faham paling ramai orang fikir.
Introvert sebenarnya dapat tenaga daripada masa bersendirian. Lepas bersosial lama, mereka akan rasa penat, bukan sebab tak suka orang, tapi sebab otak mereka bekerja lebih aktif memproses persekitaran.
Ciri biasa introvert:
Introvert selalunya pemerhati yang baik, pendengar setia, dan pemikir yang tajam. Cuma jangan paksa mereka jadi ‘meriah’ sepanjang masa, itu mereka tak suka!
Kalau introvert recharge seorang diri, extrovert recharge melalui interaksi sosial. Mereka jadi lebih bertenaga, bersemangat dan aktif bila jumpa orang.
Ciri biasa extrovert:
Extrovert biasanya sesuai dalam situasi yang perlukan komunikasi pantas, networking, atau kerja berpasukan. Cara mereka memproses dunia adalah melalui interaksi dengan dunia luar.
Inilah sebenarnya personaliti yang paling ramai orang miliki, tapi jarang disedari.
Ambivert ialah gabungan introvert dan extrovert.
Kadang-kadang suka bersosial, kadang-kadang perlukan sunyi. Hari ni boleh jadi paling bising dalam bilik, esok nak menyepi terus.
Ciri ambivert:
Ambivert selalunya ‘senjata rahsia’ dalam banyak situasi sebab mereka faham kedua-dua dunia , sunyi dan riuh.
Tak perlu pun labelkan diri mana-mana personaliti. Cara kita berfikir, bekerja, dan bersosial boleh berubah ikut umur, pengalaman, dan keadaan hidup.
Yang penting:
Introvert ke, extrovert ke, ambivert ke , semua ada kelebihan masing-masing. Dunia ni memang perlukan yang pandai bercakap, dan juga yang pandai mendengar.
So… anda rasa, hari ni anda versi yang mana?

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.