Dengar playlist penuh di sini
.
Tak Perlu Terlalu Friendly, Cukup Jaga Batas
Bila dah bergelar suami, ia bukan sekadar berubah status, tapi Ia datang bersama tanggungjawab, termasuklah cara kita bergaul dengan wanita lain di luar sana. Bukan sebab kita ni sombong, bukan juga sebab anti-sosial. Tapi sebab kita tak nak buka ruang yang tak perlu. Cukup-cukup jaga adab, jaga hati isteri di rumah.
Hakikatnya, lelaki yang “terlalu baik” dengan semua orang, terutamanya wanita, sering tak sedar mereka sedang mencipta salah faham. Senyum terlebih manis, gurauan tak bertempat, chat panjang-panjang tanpa keperluan, semua ni nampak kecil, tapi boleh jadi pintu besar kepada masalah.
Tak salah jadi sopan. Yang salah bila jadi terlalu mesra.
Urusan kerja, hal penting, atau perkara yang memang tak boleh dielakkan ,silakan. Tapi tak perlu tambah dengan cerita peribadi, gurauan berlebihan, atau ayat manis yang tak ada fungsi. Ingat, bukan semua benda perlu dikongsi.
Nada suara, gaya mesej, emoji, panggilan manja semua ni menyumbang kepada persepsi. Apa yang kita rasa “biasa”, orang lain boleh tafsir “istimewa”. Jadi, ringkaskan. Profesional. Jelas.
Masalah rumah tangga, tekanan kerja, rasa penat tu simpan jelah. Jangan jadikan wanita lain sebagai tempat meluah. Di sinilah selalunya emosi mula terikat tanpa disedari. Hari ni kongsi cerita, esok kongsi perasaan.
Like gambar berlebihan, reply story yang tak perlu, DM tanpa sebab kukuh , semua ni bukan isu kecil. Dunia digital tak memadamkan batas. Kalau kita rasa isteri akan terguris bila nampak, maknanya memang ada yang tak kena.
Bukan sekadar sentuhan, jarak emosi pun kena jaga. Jangan terlalu ambil berat, jangan terlalu ambil tahu. Kita tak bertanggungjawab untuk jadi “penyelamat emosi” wanita lain.
Ini yang ramai suami perlu faham. Kita tak rugi pun kalau tak dikenali sebagai lelaki paling peramah. Tak perlu semua orang suka kita. Yang penting, isteri rasa dihormati dan selamat.
Sebelum buat apa-apa, tanya diri sendiri:
“Kalau isteri aku buat benda yang sama dengan lelaki lain, aku okay ke?”
Kalau jawapannya tak, berhenti lah buat.
Adab sebenar bukan bila isteri ada depan mata, tapi bila dia tiada. Setia bukan sekadar tak curang secara fizikal, tapi juga menjaga tingkah laku dan niat.
Menjaga adab dengan wanita di luar rumah kita bukan tanda kita dikongkong. Ia tanda kita matang dan tahu keutamaan. Rumah tangga tak rosak kerana niat jahat semata-mata, tapi kerana sebuah pintu kecil yang dibiarkan terbuka.
Tak perlu jadi lelaki paling baik di mata semua wanita.
Cukuplah jadi suami yang paling menjaga hati seorang isteri di rumah. Ada faham suami-suami?

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.