Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Bintang Kertas Warna-warni, Kenangan Manis Zaman Sekolah

Dulu kita sanggup menghabiskan masa melipat kertas kecil yang akhirnya hanya disimpan. Tetapi kenangan itu kekal hidup dalam ingatan kan?
Tak perlu telefon pintar, cukup dengan kertas berwarna

Zaman sekolah dulu, kegembiraan selalunya datang daripada perkara yang sangat sederhana. Tak ada telefon pintar, tak ada media sosial. Cukup sekeping kertas warna-warni yang siap dipotong panjang dan dari situ lahirlah bintang kertas kecil yang penuh makna.

Kertas berwarna yang siap dipotong panjang sedia untuk dilipat
Dari kekok jadi mahir lipat bintang

Hampir setiap sekolah ada murid yang mahir melipat bintang. Pada awalnya nampak rumit, nampak mustahil. Jari terasa keras, lipatan senget, kertas koyak dan bintang tak terbentuk elok….arghhhh tak jadi! Tapi bila sudah biasa, tangan bergerak sendiri dan lama-kelamaan jadi cepat macam mesin kat kilang pula. Dalam kelas, waktu rehat malah ketika guru tiada di tempat duduk, lipatan demi lipatan terus dibuat tanpa jemu. Satu bintang siap, rasa puas tak terkata hanya tuhan yang tahu.

Bila bintang kertas jadi simpanan berharga

Setelah bintang-bintang siapa, jarang dibiarkan begitu sahaja.Selalunya dikumpulkan dalam botol atau balang lutsinar. Semakin penuh bekas itu, semakin rasa bangga. Ada yang menjadikannya hiasan, ada yang menyimpannya sebagai koleksi peribadi dan ada juga yang menghadiahkannya kepada kawan rapat atau cikgu kesayangan. Walaupun kecil, walaupun bintang kertas menjadi simbol persahabatan dan kenangan bersama.

Pengajaran hidup di sebalik lipatan kecil

Tanpa disedari aktiviti ini mengajar kita banyak perkara. Kesabaran, ketelitian dan kepuasan hasil usaha sendiri. Tiada jalan pintas. Satu kesilapan kecil memaksa kita bermula semula. Namun di situlah seronoknya, belajar mencuba tanpa jemu.

Rindu pada kenangan yang tak disedari nilainya

Hari ini bila dikenang kembali, terasa kelakar tapi rindu sangat. Dulu kita sanggup menghabiskan masa melipat kertas kecil yang akhirnya hanya disimpan. Tetapi kenangan itu kekal hidup dalam ingatan. Zaman mungkin berubah, hiburan semakin canggih, namun keindahan bintang kertas terletak pada kesederhanaannya.

Bintang kertas: kecil pada saiz, besar pada makna

Bintang kertas mungkin kecil tetapi kenangannya besar. Ia mengingatkan kita bahawa kebahagiaan tidak perlu mahal. Kadangkala ia hanya bermula daripada sekeping kertas dan kenangan zaman sekolah yang tidak akan berulang.

Ada yang rasa rindu tak tengok ni?

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.