Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Zaman Radio Jadi Orang Tengah Untuk Orang Hangat Bercinta

“Salam untuk si dia di Batu Pahat...” “Untuk awak yang dengar lagu ni, saya nak awak tahu... I love you.” Mengaku, siapa pernah buat?

Dulu, sebelum WhatsApp, sebelum DM, sebelum “seen tapi tak reply”, ada satu medium yang berani jadi orang tengah dalam hal perasaan,radio.

Kalau nak kirim salam, kalau nak cakap I love you, kalau nak bagi hint pada crush… kita call radio, biasanya waktu tengah malam. Amboi jiwang betul.

Call radio bukan benda mudah

Nak call radio dulu bukan tekan satu butang.
Kena tunggu line kosong.
Kena dengar bunyi “tut… tut…” berkali-kali.
Kena harap DJ angkat.

Bila dah berjaya masuk on-air, suara terus jadi lain. Tangan sejuk. Jantung laju. Ayat hafal dari malam tadi tiba-tiba lupa.

“Assalamualaikum… saya nak kirim salam sikit…”

Ayat tu simple, tapi maknanya besar.

Kirim salam, tapi satu kampung dengar

Dulu, kirim salam bukan private message. Satu bandar dengar. Satu negeri mungkin tahu. Tapi peliknya, orang tetap buat.

“Salam untuk si dia di Batu Pahat…”
“Untuk awak yang dengar lagu ni, saya nak awak tahu…”
“I love you…”

Tak sebut nama penuh pun tak apa. Yang penting, orang yang dituju faham. Sebab radio dulu bukan tentang malu, ia tentang keberanian menyatakan perasaan.

Lagu jadi bahasa cinta

Tak pandai cakap panjang? Lagu jadi wakil.

DJ akan tanya, “Lagu apa nak kirim?”
Dan lagu itu akan bercakap bagi pihak kita.

Bila lagu tu keluar, kita tunggu di depan radio. Kadang-kadang senyum sendiri. Kadang-kadang doa dalam hati, “harap dia dengar…”

Cinta dulu tak segeram macam cinta budak-budak sekarang. Tapi bila sampai, dia melekat lama.

Radio sebagai saksi perasaan

Radio pernah jadi tempat orang:

  • Mengaku cinta
  • Minta maaf
  • Rindu dari jauh
  • Berpisah secara senyap

Tanpa emoji. Tanpa filter. Tanpa edit.

Hanya suara yang jujur.

Hari ini senang, tapi rasa itu lain

Sekarang, cakap “I love you” boleh hantar dalam satu saat. Tapi rasa dia tak sama. Dulu, ayat itu datang bersama risiko,tak pasti didengar, tak pasti dibalas, tapi tetap dihantar.

Radio ajar kita satu benda yang makin jarang hari ini kita dengar,
berani meluahkan, walaupun tak tahu jawapannya.

Mungkin sebab itu kenangan radio masih melekat.
Bukan sebab teknologinya, tapi sebab emosi yang pernah dititipkan di udara.

Dan mungkin, antara semua medium yang pernah wujud,
radio adalah satu-satunya yang pernah jadi saksi cinta tanpa perlu lihat wajah ,cukup dengan suara dan keberanian.

TV gif. Scott Caan as Danno in Hawaii Five-O stands in dirt and looks up, points at himself, draws a heart in the air with his two index fingers, and points up.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.