Dengar playlist penuh di sini
.
Untuk perempuan-perempuan yang dikasihi, tolong jangan terdesak nak kahwin hanya sebab umur, tekanan keluarga, atau takut dipanggil “andartu”. Kahwin bukan trophy,bukan checklist wajib dalam hidup, dan paling penting, kahwin bukan jalan pintas untuk bahagia.
Bayangkan, awak ada kerja yang stabil, hidup teratur, mental tenang, tak pernah bergantung pada siapa-siapa.
Tiba-tiba, hanya sebab nak “cukupkan syarat masyarakat”, awak pilih untuk kahwin dengan orang yang awak tak sayang sepenuhnya, tak admire, tak rasa selamat secara emosi. Lepas tu apa jadi?
Semua rutin awak berubah, cara awak hidup pun berubah.
Impian awak perlahan-lahan mati, bukan sebab awak gagal, tapi sebab awak memilih orang yang salah.
Dan yang paling sakit?
Bukan orang luar yang paksa.
Awak sendiri yang buat keputusan itu.
Ya, betul. Kahwin itu ibadah. Tak ada siapa nafikan. Tapi ibadah juga menuntut akal yang waras, niat yang betul, dan pilihan yang bijak. Islam tak pernah suruh kita masuk dalam perkahwinan yang menyeksa jiwa, merendahkan maruah, atau memakan diri sendiri.
Kadang-kadang memang akan ada orang kecam,
“Kalau dah ada orang nak, terima je lah.”
“Nanti tua susah.”
“Perempuan tak elok memilih sangat.”
Tapi apa nak peduli, yang menanggung hidup awak bukan orang lain, yang tidur dengan keputusan itu setiap malam pun bukan orang lain, yang hadap suami yang awak tak cinta tu pun bukan yang kecam tu.
Realitinya, lebih baik lambat kahwin daripada cepat kemudian menyesal.
Lebih baik single dengan tenang, daripada berkahwin tapi jiwa kosong.
Lebih baik sendirian, daripada ditemani orang yang buat awak rasa lebih sunyi.
Perempuan jangan rasa bersalah sebab nak kehidupan yang lebih baik.
Jangan rasa berdosa sebab nak pasangan yang:
Cinta bukan sekadar “asal ada”.Cinta adalah rasa selamat, tenang, dan saling melengkapi.
Dan satu benda yang ramai perempuan takut nak cakap,
Kadang-kadang, cinta tak cukup , tapi tak cinta langsung lagi bahaya.
Sebab bila awak kahwin tanpa cinta, awak bukan sekadar berkongsi hidup.
Awak berkongsi masa, tenaga, tubuh, dan masa depan dengan orang yang awak sendiri tak yakin.
Kalau hari ni awak bahagia dengan hidup awak ,kerjaya, rutin, kebebasan , jangan rosakkan semuanya hanya sebab nak jawab soalan,
“Bila nak kahwin?”
Jawapan paling mahal dalam hidup ni kadang-kadang “Saya tunggu yang tepat, bukan yang cepat.”
Ladies, kahwinlah bila awak bersedia, bukan bila awak terdesak.
Kahwinlah kerana yakin, bukan kerana takut.
Dan jangan settle for less,sebab bila awak kahwin sebab terdesak, awak sedang menurunkan nilai diri sendiri, bukan menaikkan status hidup.
Ingat satu benda ni baik-baik:
Kahwin sepatutnya menambah bahagia, bukan mencipta luka yang awak tak pernah minta.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.