Dengar playlist penuh di sini
.
Soalan , ada apa sebenarnya dengan Kelantan???
Kenapa setiap kali isu negatif berlaku, nama Kelantan yang dijadikan punchline?
Kenapa bila satu individu buat salah, satu negeri terus dilabel jahat, kolot, miskin, kampung, tak maju?
Lebih pelik, dah tahun 2026, tapi cara fikir masih gaya kuno.
Ini adalah racism tapi masing-masing “Tak Mengaku Racist”. Ramai yang marah bila dituduh rasis, tapi dalam masa sama, buat lawak “orang Kelantan memang macam tu”, guna nama negeri sebagai hinaan dan anggap semua yang datang dari Kelantan sama perangai, sama tahap pemikiran dan pandang rendah pada mereka.
Itu bukan gurauan.
Itu stereotaip.
Dan stereotaip adalah pintu masuk kepada rasisme , cuma ditutupi dengan ayat “alah, gurau je”.
Kalau satu orang buat salah, salah dia sebagai individu, bukan negeri, bukan budaya, bukan seluruh rakyat.
Mentaliti Kolot
Ironinya, orang yang paling kuat kata “Kelantan kolot” selalunya tak sedar,cara mereka berfikir itulah yang kolot. Mereka kolot bila tak boleh bezakan individu dengan komuniti, dan masih pukul rata satu negeri, rasa diri lebih “urban”, lebih “maju”, lebih “berkelas”
Sedangkan dunia dah bergerak ke arah critical thinking, empati dan keadilan sosial,
awak masih seronok merendahkan orang lain untuk rasa diri lebih tinggi.
Teruskanlah begitu.
Orang lain sibuk bina kerjaya, ilmu dan legasi ,
awak sibuk kumpul dosa dengan hina nama tempat orang.
Masalah Individu, Bukan Identiti Negeri
Jenayah?
Penipuan?
Sikap tak bertamadun?
Semua negeri ada. Semua negara ada. Semua kaum ada.
Bezanya cuma satu, bila yang buat tu orang Kelantan, kes jadi lebih besar.
Bila yang buat tu orang negeri lain, “oklah, kes terpencil”.
Ini bukan soal Kelantan semata-mata.
Ini soal double standard dan ego kelas sosial. Ramai Orang Kelantan Dah Lama “Maju”
Hakikat yang pahit untuk diterima, ramai profesional, usahawan, akademik, seniman datang dari Kelantan dan ramai yang berjaya di peringkat nasional & antarabangsa, ramai juga yang bawa nilai kerja keras, disiplin dan integriti. Cuma mereka tak bising, tak sibuk jawab hinaan.
Sebab orang yang betul-betul maju tak hidup dengan mentaliti membalas ejekan. Low class!
Kalau Nak Tegur, Tegur Dengan Otak, tak salah kritik, tak salah bincang isu sosial, ekonomi atau budaya, tapi bila kritik berubah jadi ejekan, penghinaan, penggunaan nama negeri sebagai bahan jijik, itu bukan kritik, itu mentaliti orang yang mundur namanya.
So, ada apa dengan Kelantan?
Tak ada apa-apa yang salah.
Yang bermasalah ialah cara sesetengah orang melihat dunia , sempit, malas berfikir, dan masih perlukan orang lain sebagai punching bag untuk tutup rasa insecure sendiri.
Teruskanlah pandang rendah.
Teruskan guna nama negeri untuk hina.
Cuma satu je realitinya,
orang yang masih hidup dengan mentaliti begitu sebenarnya yang sedang berjalan ke belakang,
sedangkan dunia dah lama bergerak ke depan.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.