Dengar playlist penuh di sini
.
Zaman 1980-an, dating bukan pergi kafe hipster, candlelight dinner atau lokasi Instagrammable. Dating dulu lebih ringkas,dan dari segi emosi lebih sampai ke hati lah orang kata. Orang bercinta waktu itu tidak banyak pilihan tempat, tapi setiap lokasi ada cerita, debar dan kenangan yang susah ditiru oleh generasi hari ini.
Antara lokasi paling klasik ialah taman awam. Bangku panjang di bawah pokok rendang menjadi saksi perbualan romantis, senyuman malu dan janji janji ” i takkan tinggal u”. Dating di taman dulu-dulu bukan untuk menunjuk, tetapi untuk berbual-bual tentang kerja, keluarga, masa depan dan harapan. Dulu kan tak ada gadget, tak boleh scroll phone kalau boring ,so setiap ayat didengar, setiap reaksi diperhatikan.
Panggung wayang juga menjadi pilihan utama pasangan bercinta dulu-dulu. Menonton filem bukan sekadar hiburan, tetapi alasan untuk duduk bersebelahan, biasa dia ni! Kadang-kadang cerita di layar tak sepenting detik manis duduk rapat-rapat yang buat hati berdebar. Tiket wayang dibeli dengan duit simpanan, dan keluar panggung dengan perasaan berbunga walaupun filemnya biasa-biasa sahaja.
Bagi yang tinggal di bandar kecil, kedai makan seperti warung, kedai kopi atau restoran Cina lama menjadi tempat dating yang popular. Berkongsi segelas air sirap, semangkuk mi atau nasi goreng sudah cukup untuk mencipta memori. Tak ada menu fancy, tapi ada perbualan yang penuh gelak dan tawa yang tidak dibuat-buat.
Ada juga yang memilih perpustakaan atau kawasan sekolah selepas waktu kelas. Dating secara senyap, penuh batas, dan sentiasa ada rasa takut-takut dilihat orang. Namun di situlah lahirnya cinta yang matang dan penuh hormat. Hubungan dibina dengan surat tulisan tangan, bukan mesej ringkas yang kita boleh copy paste dari chatgpt macam sekarang.
Bagi pasangan yang sudah bekerja, berjalan kaki di pekan kecil atau tepi sungai boleh menjadi rutin. Tanpa banyak perancangan, hanya berjalan sambil berbual tentang hari masing-masing. Masa terasa panjang kerana tiada notifikasi nak dikejar atau jadual yang padat. Setiap pertemuan dinanti kerana ia bukan sesuatu yang mudah diatur.
Yang menarik, dating tahun 80-an dulu bukan senang, jumpa seminggu sekali pun dah cukup untuk lepas rindu. Dan bila jarang bertemu, setiap perjumpaan dihargai. Tak ada istilah ghosting, tak ada “seen” tanpa balasan. Kalau senyap, orang benar-benar tertanya dan risau.
Hari ini, lokasi dating semakin cantik dan mahal, tetapi rasa itu tidak semestinya sama. Tahun 80-an mengajar bahawa cinta tidak perlukan tempat mewah, cukup ruang untuk berbual dan masa untuk saling mengenal. Mungkin sebab itulah banyak hubungan dari era itu lebih tahan lama kerana ia dibina perlahan-lahan, di tempat yang sederhana, dengan niat yang lebih jujur.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.