Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Joy Killer, Spesis Tak Kasi Can Orang Bahagia Walau Kejap

Dunia tak kurang apa-apa pun kalau kita izinkan orang lain happy. Malah, mungkin dengan belajar tumpang gembira, hati kita sendiri pun jadi lebih tenang.
Pernah tak tengah happy cerita something, tiba-tiba ada suara masuk, “Ala benda tu biasa je.” Atau bila kita excited plan trip, dia boleh jawab, “Confirm nanti tak jadi.” Tahniah, anda baru saja bertemu dengan makhluk bernama joy killer. Spesies ni bukan rare. Dia ada dalam ofis, dalam group WhatsApp family, kadang-kadang dalam circle kawan sendiri.

Joy killer ni bukan sekadar orang negatif biasa. Dia ada bakat khas, mematikan vibe. Orang lain tengah celebrate small wins, dia sibuk highlight kekurangan. Kita share achievement, dia compare dengan orang lain. Kita cerita benda kelakar, dia cari point untuk jadi serius. Mood yang tadinya warna-warni, terus jadi hitam putih.

Secara psikologi, sikap macam ni selalunya datang daripada insecurity. Kajian tentang tingkah laku sosial oleh ahli psikologi seperti Abraham Maslow pernah tekankan bahawa manusia ada keperluan untuk rasa dihargai dan diiktiraf. Bila keperluan tu tak dipenuhi, ada yang compensate dengan cara menjatuhkan excitement orang lain. Bukan sebab dia benci kita, tapi mungkin dia tak selesa tengok orang lain seronok.

Bezanya dengan constructive criticism, joy killer tak datang dengan solusi. Dia datang dengan ayat potong stim. Kalau kritik yang sihat, dia akan bagi cadangan penambahbaikan. Tapi joy killer? Dia cuma nak pastikan semua orang turun sama level emosi dengan dia. Kalau dia tak happy, orang lain pun tak boleh terlalu happy.

Masalahnya, lama-lama kita sendiri jadi penat. Setiap kali nak share benda baik, otak automatik fikir, “Nanti dia cakap apa pula?” Itu bahaya. Sebab manusia perlukan ruang untuk celebrate. Even benda kecil macam berjaya bangun awal pun sebenarnya patut diraikan. Hidup dah cukup stress, tak perlu tambah dengan orang yang ada energy negative.

Jadi macam mana nak handle joy killer? First, jangan ambil personal sangat. Reaksi dia lebih menggambarkan diri dia, bukan nilai kita. Second, set boundary. Kalau setiap kali dia start negatif, tukar topik atau limitkan sharing dengan dia. Tak semua orang layak duduk di barisan depan cerita hidup kita. Third, surround yourself dengan orang yang genuinely happy untuk kita. Energy tu berjangkit, yang positif pun berjangkit, yang negatif pun sama.

Dan paling penting, jangan jadi joy killer kepada orang lain tanpa sedar. Kadang-kadang kita ingat kita “realistik”, tapi sebenarnya kita cuma sedang padam api semangat orang.

Hidup ni dah banyak ujian. Kalau ada orang share kegembiraan, biar dia rasa seronok sekejap. Dunia tak kurang apa-apa pun kalau kita izinkan orang lain happy. Malah mungkin, dengan belajar tumpang gembira, hati kita sendiri pun jadi lebih tenang.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.