Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengfamili_master

Tak Tayang Anak Bukan Sombong, Itu Pilihan dan Privasi

Ada parents yang pegang prinsip nak lindungi anak daripada risiko ‘ain, jenayah digital dan eksploitasi gambar. Kenapa kita perlu perli?

Sekarang ni macam ada satu “standard ” dalam media sosial , kalau ada anak, kena tayang. Kena update progress. Kena upload gambar comel. Kalau tak? Mula lah orang tanya, “Eh sorok anak ke?” “Anak tak comel ke?” “Kenapa tak pernah post?”

Soalan simple, tapi nada tu… berbaur perli.

Apa sebenarnya masalah kita kalau orang pilih privasi?

Ada parents memang terbuka. Mereka okay share gambar anak, milestone, aktiviti sekolah. Itu pilihan mereka. Dan tak salah pun. Tapi ada juga parents yang lebih protective. Yang amalkan prinsip consent ,tunggu anak besar sikit, bagi anak faham, baru decide nak benarkan gambar mereka dipublish atau tidak.

Itu pun salah ke?

Kita kena faham, anak bukan content. Anak bukan engagement tool. Anak bukan strategi branding. Dia manusia kecil yang ada hak, termasuk hak kepada privasi.

Dalam konteks Islam pula, ada konsep ‘ain (penyakit mata). Ia bukan mitos. Dalam Al-Quran sendiri ada disebut tentang hakikat pandangan yang boleh memberi kesan dengan izin Allah. Ulama juga banyak membincangkan tentang realiti penyakit ‘ain dan bagaimana ia boleh berlaku, khususnya kepada golongan yang rapuh seperti kanak-kanak.

Sebab tu kalau tengok budaya di beberapa negara Arab, ramai ibu bapa sangat berhati-hati bab pendedahan anak. Bukan sebab paranoid, tapi sebab percaya dan ambil serius perkara ghaib yang memang diakui dalam agama.

Kalau ada parents yang pegang prinsip nak lindungi anak daripada risiko ‘ain, daripada jenayah digital, daripada eksploitasi gambar, daripada jejak digital yang kekal sampai dewasa,kenapa kita rasa perlu perli?

Kita ni kadang pelik. Bila orang share, kita kecam sebab “overexposed.” Bila orang tak share, kita kecam sebab “berahsia sangat.” Jadi sebenarnya kita nak apa?

Realitinya, dunia dah berubah. Tahun 2026 ni, semua benda online boleh disimpan, disalin, dimanipulasi. Gambar anak yang kita rasa innocent tu, boleh jatuh ke tangan orang yang salah. Itu bukan paranoia. Itu fakta.

Dan paling penting, tak semua benda perlu diumumkan untuk valid.

Privasi bukan tanda sombong. Privasi bukan tanda insecure. Privasi adalah hak individu.

Kalau kita tak setuju dengan cara orang lain membesarkan anak, itu tak bermaksud kita perlu sindir. Parenting bukan pertandingan. Bukan siapa paling banyak likes, siapa paling aesthetic, siapa paling viral.

Buka sikit minda. Keluar sikit dari kepompong.

Ilmu hari ni tak terbatas. Kita boleh baca, belajar, faham konsep consent, faham isu keselamatan digital, faham konteks agama, faham psikologi perkembangan kanak-kanak. Tapi kalau kita masih pilih untuk memperlekeh pilihan orang lain ,itu bukan kurang maklumat. Itu kurang empati.

Tak perlu semua orang ikut cara kita. Cukup sekadar hormat cara mereka.

Dan kalau ada ibu bapa yang pilih untuk tak tayang anak kerana mahu lindungi daripada ‘ain, daripada risiko dunia digital, atau sekadar mahu beri anak ruang membesar dengan tenang , itu bukan bahan jenaka.

Itu tanda mereka sedar tanggungjawab.

Jangan sebab kita rasa normal untuk share segalanya, kita anggap orang yang memilih privasi itu pelik. Dunia ni luas. Cara orang berfikir pun luas.

Yang sempit cuma cara kita melihatnya.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.