Dengar playlist penuh di sini
.
Pernah tak nampak, anak dah besar panjang, ada yang dah kerja, ada yang dah ada gaji tetap, ada yang dah ada kereta sendiri, dah berumah tangga, beranak pinak , tapi bila balik rumah… semuanya masih bergantung pada mak ayah.
Bab masak? “Mak, lapar.”
Bab basuh pinggan? Tinggal dalam sink.
Bab bayar bil elektrik, air, internet? Diam je, tunggu ayah settle.
Bab kemas rumah? Macam hotel, masuk bilik sendiri je.
Sedangkan ibu bapa tu… dah tak sekuat dulu.
Mak yang dulu boleh berdiri lama kat dapur, sekarang lutut dah sakit. Ayah yang dulu gagah panjat tangga tukar lampu, sekarang pun dah cepat penat. Tapi rutin tak berubah. Mereka masih bangun awal masak. Masih fikir stok barang dapur cukup ke tak. Masih risau bil rumah. Masih sapu lantai, mop lantai, lipat kain.
Anak? Balik kerja, scroll phone, baring.
Kadang alasan dia simple , “Dah biasa macam ni.”
Tapi pernah tak terfikir, mak ayah pun sebenarnya dah penat?
Sepatutnya bila anak dah besar, especially bila dah ada pendapatan sendiri, rumah tu jadi ruang untuk berkongsi tanggungjawab. Sepatutnya mak boleh rasa, “Hari ni anak aku masakkan untuk aku.” Sepatutnya ayah boleh rasa ringan sikit beban bil rumah sebab anak hulur walau sikit.
Ini bukan soal berkira duit. Ini soal common sense dan empati.
Ibu bapa tak minta balasan mewah. Diorang tak harap hadiah mahal. Tapi diorang harap rasa dihargai. Rasa dihormati. Rasa dilihat sebagai manusia yang semakin tua, bukan mesin servis rumah yang tak pernah rosak.
Ironinya, ramai anak di luar rumah boleh berdikari. Sewa rumah sendiri boleh masak untuk diri sendiri. Tinggal dengan housemate boleh bahagi tugas. Tapi bila duduk dengan mak ayah, terus jadi “baby mode”. Semua nak disediakan.
Kenapa?
Sebab terlalu selesa.
Comfort zone ni bahaya. Bila dari kecil semua diuruskan, kita tak pernah belajar rasa bersalah bila tak membantu. Kita fikir itu memang tugas mak ayah sampai bila-bila. Padahal hakikatnya, satu hari nanti, kita yang akan jadi tua.
Bayangkan nanti kita di posisi mak tu. Lutut sakit. Pinggang lenguh. Tapi anak duduk rumah sama, dan tak tolong apa-apa. Sedih tak?
Kadang mak tak tegur bukan sebab dia rela. Tapi sebab dia sayang. Dia tak nak bergaduh. Dia tak nak anak terasa. Dia simpan penat tu sendiri.
Dan kita? Kita ambil diam tu sebagai “okay”.
Kalau duduk serumah, contribute lah. Tak mampu bagi duit banyak pun tak apa. Offer bayar bil internet. Offer beli barang dapur seminggu sekali. Offer masak hujung minggu. At least kemas ruang sendiri tanpa disuruh.
Perubahan kecil pun dah cukup besar untuk hati orang tua.
Rumah bukan hotel. Mak bukan maid. Ayah bukan ATM.
Satu hari nanti, masa akan ambil mereka perlahan-lahan dari kita. Waktu tu baru nak menyesal sebab tak pernah ringankan beban diorang… dah tak guna.
Kalau hari ni masih ada peluang untuk tolong, buatlah.
Sebab satu masa dulu, tanpa kita minta pun, mereka dah buat segalanya untuk kita.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.