Dengar playlist penuh di sini
.

Pernah tak anda rasa, lepas sejam merungut tentang kerja, traffik atau kehidupan, kepala makin berat, fikiran makin kusut? Ternyata, itu bukan sekadar rasa tetapi sains kata otak kita memang terkesan kalau tabiat merungut menjadi rutin.
Kajian menunjukkan bahawa setiap kali perhatian kita tertumpu pada masalah atau apa yang salah, paras hormon stres, kortisol, naik. Otak kita secara automatik membina rangkaian neural yang kuat untuk stres dan negatif. Sebaliknya bahagian otak yang bertanggungjawab untuk belajar, menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah jadi kurang cekap.
Kesannya bukan sekejap. Jika habit ini berterusan, beberapa bahagian penting otak, termasuk hippocampus, boleh mengecil. Hippocampus penting untuk memori dan pembelajaran. Bila bahagian ini terjejas, bukan sahaja ingatan kita boleh merosot tetapi kemampuan menyelesaikan masalah juga berkurang.
Maksudnya, semakin banyak kita merungut, semakin sukar kita untuk mencari jalan keluar dari masalah yang sama. Otak dah “latih” diri fokus pada negatif, bukan penyelesaian.
Tapi ada berita baik, otak itu fleksibel. Dengan latihan mental yang betul, kita boleh ubah kebiasaan ini. Daripada terus merungut, cuba fokus pada apa yang boleh dibuat untuk memperbaiki keadaan. Contohnya:
Amalan ini bukan sahaja kurangkan stres, tetapi juga bantu melindungi struktur otak dan meningkatkan daya tahan mental. Semakin kita biasakan diri melihat penyelesaian, neural network untuk problem-solving makin kuat, hippocampus makin sihat dan kemampuan otak untuk belajar dan adaptasi lebih baik.
Sebenarnya merungut terlalu banyak bukan sekadar membuang masa tapi ia benar-benar memberi kesan pada kesihatan otak. Tapi dengan sedikit disiplin mental, kita boleh latih diri untuk fokus pada penyelesaian bukan masalah. Bukan sahaja rasa lebih tenang tapi juga otak lebih cergas, hati lebih positif dan hidup lebih mudah diurus.
Ingat, ini bukan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan tetapi memahami cara otak bertindak terhadap kebiasaan negatif boleh jadi langkah pertama untuk hidup lebih sihat mental dan emosi.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.