Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengfamili_master

Jangan Sentuh, Cium, Gomol Baby Orang Tanpa Izin Parents

Sekarang ni penyakit berjangkit dah terlalu banyak, ada Influenza, RSV, HFMD, COVID-19, Herpes, semua tu bahaya untuk baby.

“Comelnya baby kau ni, cium sikit”

“Geram la, cubit dia!”

Biasa dengar tak ni, bila kawan-kawan atau saudara datang ziarah baby, mereka terus dukung, cium pipi, gomol, malah ada yang terus suap makanan seperti chocolate atau gula-gula sebab nak tengok baby senyum.

Stop! Kita kena ada common sense.

Baby tu bukan anak kita, walaupun anak saudara sendiri,walaupun anak best friend,walaupun kita rasa kita “family”.

Sekarang ni penyakit berjangkit dah terlalu banyak, jadi memang tak boleh compare dengan cara ziarah baby zaman dulu-dulu, ada Influenza, RSV, HFMD, COVID-19, Herpes, semua tu bahaya untuk baby. Baby especially bawah dua tahun, sistem imun dia belum kuat. Sekali kena jangkitan, boleh terus warded. Ada yang sampai masuk ICU, kan dah menyusahkan ibu-bapa.

Kita mungkin rasa kita sihat, tapi kita tak tahu kita pembawa virus tanpa simptom. Sekali kita cium pipi dia, sentuh tangan dia, lepas tu dia hisap jari… habis.

Belum cerita bab makanan. Jangan sesuka hati bagi gula-gula, coklat, aiskrim, jajan. Ada baby yang ada alahan. Ada yang parents tengah control sugar. Ada yang belum cukup umur untuk solid food tertentu. Kalau tersedak? Kalau allergic reaction? Siapa nak tanggung?

Parents ni kadang-kadang serba salah. Nak tegur, takut orang kata overprotective. Nak larang, nanti dianggap sombong. Dalam hati sebenarnya risau, tapi terpaksa senyum je.

Kita pula jangan la letak mereka dalam situasi tu.

Adab jumpa baby orang, simple je sebenarnya:

Pertama, minta izin dulu.
“Boleh pegang?”
“Boleh dukung?”

Kalau parents nampak ragu-ragu, faham sendiri. Jangan kecil hati.

Kedua, jangan terus cium. Especially muka dan tangan. Kalau nak sangat tunjuk sayang, cakap je, “Geramnya!” cukup. Tak perlu physical contact pun.

Ketiga, jangan bagi makanan tanpa tanya. Even sekadar biskut. Even sekadar “sikit je”.

Keempat, kalau kita tak sihat , batuk, selesema, demam , please jarakkan diri, kalau boleh tak perlu ziarah pon. Sayang tu bukan dengan cara expose baby pada risiko.

Kelima, jaga kebersihan. Basuh tangan dulu sebelum sentuh. Basic hygiene ni memang tanggungjawab.

Kita selalu marah bila orang tak hormat boundaries kita. Tapi bila bab baby, ramai yang lupa. Baby tu manusia kecil yang ada hak dilindungi.

Lagi satu, jangan normalize ayat macam, “Alah dulu mak bapak kita takde pun pantang larang macam ni.” Dulu penyakit tak travel sepantas sekarang. Dah 2026 pon masih lupa ke yang dunia dah berubah. Virus pun makin advance. Sila ada common sense.

Bayangkan kalau anak kita yang orang buat macam tu , kita ok ke?

Parents sekarang bukan angkuh, mereka cuma nak lindungi anak mereka. Itu je.

So next time jumpa baby, tahan sikit rasa geram tu. Tunjuk sayang dengan cara beradab.

Hormati ibu ayah dia.
Jaga keselamatan baby tu.
Dan please… jangan suka-suka sentuh, peluk, cium tanpa izin.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.