Dengar playlist penuh di sini
.
Dunia muzik hari ini sedang melalui fasa transisi yang luar biasa. Jika dahulu kita hanya mampu mengenang suara penyanyi legenda yang telah tiada melalui piring hitam atau kaset yang semakin pudar kualitinya, kini teknologi Artificial Intelligent (AI) mampu “menghidupkan” semula vokal mereka dengan kualiti yang sangat jernih. Namun, sejauh mana kemajuan ini menghormati nilai seni sebenar?
Lagu-lagu “dulu-dulu” mempunyai satu elemen yang sukar ditiru oleh mesin, iaitu Jiwa (Soul). Setiap getaran vokal, nafas yang turun naik, dan emosi yang disampaikan adalah hasil daripada pengalaman hidup penyanyi tersebut. Kualiti rakaman yang mungkin sedikit raw atau analogue itulah yang memberikan rasa “hangat” dan nostalgia yang mendalam.
Di sisi positifnya, AI menawarkan peluang untuk restorasi. Lagu-lagu lama yang rakamannya rosak atau berkualiti rendah boleh dibersihkan (remastered) dengan bantuan AI supaya generasi muda dapat menikmatinya dengan kualiti audio masa kini. Malah, eksperimen “cover” lagu moden menggunakan suara artis legenda juga dilihat sebagai satu cara untuk memperkenalkan semula idola lama kepada Gen Z. Ini adalah satu bentuk penghargaan teknologi terhadap khazanah seni negara.
Walaupun teknologi AI nampak hebat, kita tidak boleh tutup mata terhadap isu Copyright (Hak Cipta). Menjadi seorang penggiat seni, sama ada pencipta AI atau artis konvensional perlu ada etika yang tinggi.
AI sepatutnya menjadi alat bantuan, bukannya pengganti kepada manusia. Kita boleh meraikan kecanggihan teknologi untuk memelihara warisan seni, tetapi biarlah ia berjalan seiring dengan etika dan adab. Orang seni yang sebenar adalah mereka yang menghargai titik peluh rakan seperjuangan, bukannya mereka yang hanya tahu “copy-paste” identiti orang lain atas nama kemajuan.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.