Dengar playlist penuh di sini
.

Sekarang ni, keluar rumah rasa macam masuk oven.
Bukan panas biasa… ini panas tahap boleh fikir dua kali nak hidup luar rumah.
Suhu dilaporkan boleh cecah 40°C.
Empat puluh. Bukan main-main.
Kalau dulu kita keluar tengah hari masih boleh tahan lagi sikit, sekarang baru je buka pintu terus rasa macam kena tampar dengan angin panas. Aircond dalam kereta pun ambil masa nak “menangis” dulu sebelum sejuk.
Ada yang bergurau, Malaysia sekarang bukan tropika dah…dah upgrade jadi mini padang pasir.
Sampai tahap kerajaan kena buat pembenihan awan (cloud seeding), usaha untuk paksa hujan turun. Bayangkan, kita dah tak tunggu hujan… kita “panggil” hujan datang.
Itu pun belum tentu menjadi setiap kali.
Yang paling terasa sebenarnya bukan sekadar panas pada badan tapi kesannya pada hidup harian.
Tidur malam pun tak lena.
Kipas pusing macam helikopter pun tetap rasa bahang.
Air minum tak cukup-cukup.
Baru duduk sikit, dah berpeluh.
Ada yang mandi sampai 3-4 kali sehari. Itu pun keluar bilik air… panas balik.
Tapi rakyat Malaysia memang cepat adapt.
Dulu kopi panas pagi-pagi, sekarang ramai tukar iced coffee.
Dulu jalan santai petang, sekarang semua tunggu malam baru berani keluar.
Tapi dalam kita gelak-gelak ni, hakikatnya cuaca panas ekstrem ini bukan benda kecil.
Ia boleh jejaskan kesihatan. Dehidrasi, strok haba, letih melampau. Golongan warga emas dan kanak-kanak paling berisiko. Yang kerja luar pula memang betul-betul diuji.
Fenomena ini bukan sekadar cuaca panas biasa. Ia berkait dengan perubahan iklim yang semakin ketara.
Dulu panas datang sekejap. Sekarang… rasa macam tak ada “break”.
Apa yang kita boleh buat? Nampak simple, tapi penting:
Dan paling penting jangan ambil ringan.
Sebab panas ini bukan jenis “alah biasalah Malaysia”. Ini jenis yang boleh memudaratkan kalau kita degil.
Kita mungkin tak mampu kawal cuaca. Tapi kita boleh kawal cara kita hadapinya.
Sementara hujan masih “jual mahal”…kita kena belajar hidup dengan panas yang semakin menggila ini.
Dan jujur cakap kadang bila kita rasa hidup berat, rupanya bukan masalah kita yang terlalu besar…
Cuma kita belum berdiri cukup lama bawah panas terik.
Sekali kena bahang betul-betul, baru kita sedar ada benda lain yang lagi “mendera” daripada apa yang kita risaukan.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.