Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Sleep Apnea: Bila Berdengkur Bakal Jadi Ancaman Nyawa

Bayangkan, kita tidur untuk rehatkan badan tapi dalam masa yang sama, badan kita sebenarnya bergelut untuk bernafas.

Ramai orang anggap berdengkur itu perkara biasa.
“Biasalah penat.”
“Tidur lena sangat tu.”

Tapi hakikatnya, tak semua dengkuran itu normal.

Ada satu keadaan yang ramai tak sedar iaitu sleep apnea.

Apa Itu Sleep Apnea?

Sleep apnea ialah keadaan di mana pernafasan seseorang terhenti seketika semasa tidur.

Bukan sekali dua…
tapi boleh berlaku berulang kali sepanjang malam.

Bayangkan, kita tidur untuk rehatkan badan tapi dalam masa yang sama, badan kita sebenarnya bergelut untuk bernafas.

Tanda-Tanda Yang Ramai Abaikan

Masalahnya, ramai tak sedar mereka ada sleep apnea.

Antara tanda biasa:

  • Berdengkur kuat dan tidak sekata
  • Terhenti nafas sekejap ketika tidur (orang lain perasan)
  • Kerap terjaga tengah malam
  • Bangun pagi rasa penat walaupun tidur lama
  • Mudah mengantuk waktu siang

Ramai fikir ini normal.
Padahal… ini tanda badan dah mula beri signal.

Kenapa Ia Bahaya?

Sleep apnea bukan sekadar ganggu tidur.

Bila oksigen dalam badan turun berulang kali, ia boleh meningkatkan risiko:

  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah jantung
  • Strok
  • Keletihan kronik

Dan yang paling bahaya adalah microsleep.

Tidur sekejap tanpa sedar, terutamanya semasa memandu.

Bayangkan mata tertutup 2–3 saat di highway…
cukup untuk ubah hidup selamanya.

Siapa Yang Berisiko?

Walaupun sesiapa pun boleh kena, risiko lebih tinggi jika:

  • Berat badan berlebihan
  • Leher besar / saluran pernafasan sempit
  • Perokok
  • Ada sejarah keluarga

Tapi jangan salah faham orang kurus pun boleh ada sleep apnea.

Rawatan Ada, Tapi Ramai Tak Buat

Yang menariknya, sleep apnea boleh dirawat.

Antara cara:

  • Turunkan berat badan
  • Ubah posisi tidur
  • Guna alat bantuan seperti CPAP
  • Dapatkan pemeriksaan doktor

Masalahnya, ramai tak ambil serius.

Sebab rasa, “Alah… cuma berdengkur je pun.”

Berjuang Untuk Bernafas

Tidur sepatutnya jadi waktu badan kita rehat.

Tapi kalau setiap malam badan terpaksa “berjuang untuk bernafas”…
itu bukan rehat.

Itu amaran.

Jadi kalau anda atau orang sekeliling kuat berdengkur,
jangan gelak saja.

Mungkin itu bukan bunyi tidur lena…tapi bunyi badan yang sedang minta tolong.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.