Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengfamili_master

Isteri Sempurna Wujud? Fikir Sejenak Dengan Jawapan Ini

Selagi seseorang itu masih ada di sisi, selagi itulah segala kebaikan dia nampak biasa.

Dalam dunia perkahwinan, ramai orang terutamanya lelaki diam-diam menyimpan satu “wishlist” yang agak mustahil. Nak isteri yang sabar, cantik, pandai masak, tak banyak soal, sentiasa faham dan paling penting… sempurna.

Kalau nak jawab soalan ini, “Ada ke isteri sempurna dalam dunia ni?” ..

Jawapan terbaik mungkin ini…………., “Ada… lepas cerai baru tahu.”

Bunyi macam lawak..tapi pedih pun ya jugak…..

Hakikatnya, jawapan itu sebenarnya membuka satu realiti yang selalu kita abaikan. Selagi seseorang itu masih ada di sisi, segala kebaikan dia nampak biasa. Masakan setiap hari jadi rutin. Kesabaran dianggap tanggungjawab. Pengorbanan pula dilihat sebagai “memang patut pun”.

Tapi bila semuanya hilang, barulah kita mula nampak satu per satu nilai yang dulu kita tak pandang.

Fenomena ini bukanlah sesuatu yang asing. Banyak kisah sebenar menunjukkan manusia cenderung menghargai hanya selepas kehilangan. Ada lelaki yang mengaku menyesal selepas bercerai kerana baru sedar betapa baiknya bekas isteri mereka . Malah ada juga yang terlalu mengejar kesempurnaan sampai akhirnya kehilangan pasangan sendiri dan hidup dalam penyesalan yang panjang .

Ironinya, kita bukan berkahwin dengan malaikat. Kita berkahwin dengan manusia, yang ada mood, ada letih, ada hari baik dan hari yang serabut. Tapi kadang-kadang kita lupa itu semua. Kita letakkan standard terlalu tinggi, seolah-olah pasangan kita tak boleh silap langsung.

Sedangkan dalam realiti, perkahwinan bukan tentang mencari yang sempurna. Tapi tentang belajar menerima yang tak sempurna dan tetap memilih untuk setia.

Bayangkan, masa masih bersama:
“Kenapa masak sama je?”
“Kenapa tak faham aku?”
“Kenapa asyik penat?”

Lepas dah berpisah:
“Tak ada siapa lagi masak untuk aku.”
“Tak ada siapa lagi faham perangai aku.”
“Rupanya dia dulu dah buat yang terbaik…”

Manusia memang begitu. Bila ada, kita nampak kurang. Bila hilang, baru nampak cukup.

Sebab itu, sebelum kita sibuk mencari isteri sempurna atau suami ideal, mungkin soalan yang lebih penting ialah:

Adakah kita sendiri sudah cukup baik untuk menghargai orang yang ada di depan mata?

Tak perlu tunggu sampai “lepas cerai baru tahu”.

Sebab bila waktu itu sampai… selalunya, yang tinggal cuma penyesalan dan kenangan yang tak boleh diulang balik.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.