Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Setiap Generasi Akan Kata Generasi Baharu “Tak Macam Dulu”

Dari main guli sampai scroll TikTok, setiap generasi membawa perubahan besar dalam cara hidup, berfikir dan berinteraksi dengan dunia.

Pernah tak kita dengar ayat, “Zaman aku dulu…”? Biasanya ayat tu datang sekali dengan cerita jalan kaki pergi sekolah 5km, panjat pokok jambu, dan kalau nak hiburan main guli je pun dah cukup bahagia. Hakikatnya, setiap generasi memang ada “warna” dia sendiri. Jom kita tengok perjalanan generasi dari dulu sampai sekarang dengan sedikit senyuman tapi masih berpijak di bumi nyata.

1. Greatest Generation (1901–1927)

Ini generasi pejuang sebenar. Mereka lalui zaman perang dunia, hidup penuh cabaran tapi mentaliti kental. Kalau kita mengeluh WiFi slow, mereka mungkin hanya senyum dan sambung kerja. Hidup mereka simple bukan sebab pilihan tapi sebab keadaan. Dari sini kita belajar satu benda iaitu ketahanan diri itu mahal nilainya.

2. Silent Generation (1928–1945)

Dipanggil silent bukan sebab tak ada suara tapi sebab mereka lebih memilih untuk bekerja diam-diam daripada banyak bercakap. Disiplin tinggi, hormat orang tua dan sangat menjaga adab. Kalau generasi ini ada media sosial, mungkin status mereka sekadar, “Alhamdulillah, selesai kerja hari ini.” Pendek, padat dan penuh makna.

3. Baby Boomers (1946–1964)

Zaman ini ekonomi mula berkembang, keluarga besar dan kehidupan semakin stabil. Ini generasi yang bina asas banyak perkara yang kita nikmati hari ini. Mereka percaya pada kerja keras..work first, complain later. Kadang-kadang bila tengok anak muda asyik tukar kerja, mereka pun terfikir, “Dulu aku kerja satu tempat sampai pencen…”

4. Generation X (1965–1980)

Generasi ini boleh kata “bridge” antara dunia lama dan dunia moden. Mereka kenal hidup tanpa internet tapi juga sempat belajar guna teknologi. Jenis berdikari, tak terlalu bergantung. Kalau nak describe generasi ni, mereka boleh survive tanpa Google tapi tahu guna Google bila perlu.

5. Millennials / Gen Y (1981–1996)

Inilah generasi yang membesar bersama perubahan besar teknologi. Dari telefon awam ke smartphone, dari surat ke WhatsApp. Mereka lebih terbuka, kreatif dan suka cari makna dalam kerja, bukan sekadar gaji. Tapi kadang-kadang, overthinking pun ada juga. Normal lah tu, hidup makin kompleks kan?

6. Generation Z (1997–2012)

Gen Z ni lahir-lahir je dunia dah digital. Internet bukan kemewahan tapi keperluan. Mereka cepat belajar, multitasking dan sangat expressive. Tapi cabarannya, fokus pun senang terganggu. Scroll TikTok 5 minit boleh jadi 1 jam tanpa sedar. Relatable?

7. Generation Alpha (2013–sekarang)

Ini generasi yang dari kecil dah kenal tablet sebelum kenal buku cerita. Mereka bakal hidup dalam dunia AI, automation dan teknologi yang kita sendiri pun masih cuba faham. Cabaran terbesar? Membesar dengan terlalu banyak maklumat dan perlu belajar memilih yang betul.

Apa-apa pun setiap generasi ada kelebihan dan kekurangan. Tak perlu banding siapa lebih hebat. Yang penting, kita ambil yang baik dari setiap zaman. Generasi lama ada nilai ketahanan dan disiplin. Generasi baru ada kreativiti dan kecekapan teknologi.

Jadi tak kira kita generasi mana pun yang penting bukan “zaman kita” tapi bagaimana kita gunakan masa yang kita ada sekarang. Dan kalau WiFi slow… mungkin itu tanda untuk berehat sekejap.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.