Dengar playlist penuh di sini
.

Bila cakap pasal makanan sihat untuk anak-anak, mesti ramai teringat carrot. Memang dari dulu lagi lobak merah terkenal sebagai makanan yang baik untuk mata sebab kaya dengan beta-carotene dan vitamin A.
Sebab itu ramai ibu bapa sekarang suka beli baby carrot. Nampak comel, kecil, senang dimakan dan sesuai dijadikan snek anak-anak. Ada juga yang memang jadikan baby carrot sebagai rutin harian untuk bantu jaga kesihatan mata anak secara semula jadi.
Tapi kebelakangan ini, mula muncul perbincangan tentang baby carrot yang buat ramai terkejut.
Katanya… baby carrot sebenarnya bukan “baby” pun.
Betul ke?
Ya, kebanyakan baby carrot yang dijual di pasar raya memang bukan carrot kecil yang tumbuh secara semula jadi.
Sebenarnya, baby carrot biasanya dihasilkan daripada carrot biasa yang besar. Carrot ini akan dipotong, dikupas dan dibentuk semula menjadi saiz kecil yang nampak cantik dan seragam.
Sebab itu bentuknya hampir sama semuanya.
Jadi dari sudut teknikal, ia memang makanan yang sudah diproses sedikit, walaupun masih berasal daripada carrot sebenar.
Namun, ramai mula risau bila tersebar dakwaan bahawa baby carrot direndam bahan kimia supaya tahan lama.
Hakikatnya, baby carrot memang akan melalui proses pencucian menggunakan air berklorin dalam kadar yang dibenarkan untuk tujuan keselamatan makanan dan mengurangkan bakteria. Proses ini juga digunakan pada banyak sayur dan makanan lain.
Tetapi bila dengar perkataan chemical, ramai terus takut.
Sebenarnya isu utama bukanlah baby carrot itu “beracun” atau tidak selamat dimakan. Setakat ini, badan keselamatan makanan di banyak negara masih menganggap baby carrot selamat dimakan.
Cuma ada ibu bapa yang memilih untuk kembali kepada carrot biasa yang lebih natural dan kurang diproses.
Dan secara logiknya, memang ada betul juga.
Carrot besar yang dibeli segar nampak lebih semula jadi, kurang melalui proses pemotongan dan pembentukan semula. Kita juga boleh potong sendiri ikut saiz yang sesuai untuk anak-anak.
Lebih-lebih lagi kalau pilih carrot organik atau dari sumber yang dipercayai.
Tambahan pula, carrot biasa selalunya lebih murah berbanding baby carrot yang sudah siap dipotong dan dibungkus cantik.
Namun paling penting sebenarnya bukan soal bentuk carrot itu.
Baby carrot atau carrot besar, kedua-duanya tetap mengandungi nutrien yang baik untuk tubuh jika diambil dengan betul. Yang penting adalah memastikan anak-anak makan lebih banyak sayur dalam diet harian mereka.
Kadang-kadang kita terlalu fokus pada trend makanan sampai terlupa asas sebenar pemakanan sihat.
Kalau anak suka baby carrot dan lebih mudah makan sayur dengan cara itu, tak salah pun. Tapi kalau mahu pilihan yang lebih natural dan kurang diproses, carrot biasa memang boleh jadi pilihan lebih baik.
Potong kecil-kecil sendiri, jadikan snek atau campur dalam masakan.
Yang penting… jangan sampai anak langsung tak makan sayur sebab terlalu takut dengan semua benda di internet
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.