Dengar playlist penuh di sini
.

Generasi sekarang mungkin susah nak bayangkan…
Dulu nak hantar mesej pun kena fikir banyak kali.
Bukan sebab tak ada idea nak reply.
Tapi sebab setiap SMS kena cas.
3/5/10 sen satu mesej.
Kalau tengah bercinta atau tengah gaduh dengan member memang cepat habis kredit.
Zaman telefon lama dulu, kredit prabayar memang sangat berharga.
Sebab itu ramai akan:
“aq”
“ko”
“syg”
“x”
“gud nite”
Semua itu lahir sebab nak jimat karakter dan jimat duit.
Ini antara benda paling legend.
Kalau mesej terlalu panjang, sistem akan pecahkan jadi dua SMS.
Maksudnya?
Cas pun double.
Sebab itu ramai cuba pendekkan ayat habis-habis.
Kadang mesej romantik terus jadi macam kod rahsia.
Dulu bila topup RM5 pun rasa bahagia dah.
Siap berjaga-jaga guna kredit sebab takut tak cukup nak SMS crush malam nanti.
Dan antara benda paling ditunggu dulu ialah:
Bila dapat free SMS memang terus aktif balik.
Disebabkan nak berjimat, ramai guna missed call sebagai “signal”.
Satu missed call = “aku dah sampai.”
Dua kali missed call = “call balik.”
Tiga kali = mungkin tengah rindu.
Zaman itu memang kreatif sebab semua benda kena berjimat.
Sebelum WhatsApp dan Telegram…
SMS lah tempat ramai orang:
Dan sebab kena bayar setiap mesej, ramai betul-betul hargai setiap conversation.
Tak macam sekarang:
typing panjang,
last-last “seen” je.
Antara feeling paling best dulu ialah bila telefon bunyi:
“Message received.”
Terus cepat-cepat tengok siapa hantar.
Kalau crush reply?
Memang senyum sorang-sorang.
Kadang siap simpan SMS dalam inbox berbulan-bulan sebab sayang nak delete.
Hari ini semuanya jauh lebih mudah.
Nak chat?
Unlimited.
Nak hantar gambar?
Free.
Nak video call?
Terus boleh.
Tapi sebab terlalu mudah, kadang nilai sesuatu perbualan itu terasa berbeza.
Hakikatnya…
Bila orang rindu zaman SMS 10 sen dulu, mereka bukan semata-mata rindu teknologi lama.
Mereka sebenarnya rindu zaman:
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.