Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Ramai Masih Tak Tahu, Haiwan Peliharaan Pun Boleh Ada IC!

Dengan gabungan microchip dan RFID reader, pemilik boleh mendaftarkan maklumat haiwan peliharaan untuk tujuan pengenalan, keselamatan dan pengesanan.

Dulu kalau haiwan peliharaan hilang, kebanyakan pemilik hanya bergantung pada poster, hebahan media sosial atau berharap ada orang baik hati yang menjumpainya.

Tetapi sekarang teknologi nampaknya semakin maju. Bukan manusia sahaja ada kad pengenalan. Haiwan peliharaan juga kini boleh mempunyai identiti sendiri.

Mendengar sahaja perkara ini, ramai terus terkejut.

“Eh, kucing pun ada IC sekarang?”

Kedengaran pelik tetapi sistem pendaftaran identiti haiwan peliharaan menggunakan microchip sebenarnya sudah mula digunakan secara lebih meluas di beberapa tempat.

Tujuannya bukan sekadar nampak canggih tetapi untuk memudahkan proses pengenalan dan membantu pemilik jika haiwan mereka hilang.

Bukan Sekadar Kad Biasa

Melalui sistem ini, haiwan peliharaan boleh didaftarkan bersama maklumat penting seperti nama haiwan, nombor pengenalan, maklumat pemilik dan butiran lain yang berkaitan.

Turut disertakan sekali ialah microchip pada haiwan tersebut.

Microchip ini bersaiz sangat kecil, lebih kurang sebesar sebutir beras dan biasanya dipasang di bawah kulit haiwan melalui prosedur yang ringkas.

Ramai menyangka microchip ini berfungsi seperti GPS yang sentiasa menjejak lokasi.

Sebenarnya bukan begitu.

Microchip Bukan GPS

Microchip ini menyimpan nombor pengenalan unik untuk haiwan berkenaan.

Apabila diimbas menggunakan RFID reader, nombor tersebut boleh dipadankan dengan maklumat dalam sistem pendaftaran.

Contohnya jika seekor kucing hilang lalu dijumpai oleh klinik veterinar atau pihak berkaitan, mereka boleh mengimbas microchip tersebut dan mengenal pasti siapa pemiliknya.

Sebab itu teknologi ini sangat membantu terutama bagi pemilik haiwan yang risau jika haiwan kesayangan mereka keluar rumah atau tersesat.

Kalau Hilang, Peluang Jumpa Semula Lebih Tinggi

Ramai pemilik haiwan menganggap kucing atau anjing mereka seperti ahli keluarga sendiri.

Bila hilang, perasaan panik memang sukar digambarkan.

Ada yang sanggup mencari berhari-hari, memasang poster dan membuat hebahan di media sosial.

Dengan sistem pengenalan seperti ini, proses mencari pemilik boleh menjadi lebih mudah.

Sekurang-kurangnya haiwan yang dijumpai mempunyai identiti yang boleh dijejaki.

Teknologi berubah dari semasa ke semasa dan mungkin selepas ini semakin banyak perkara yang dulu nampak mustahil akan menjadi perkara biasa.

Siapa sangka, suatu hari nanti bukan sahaja manusia… haiwan peliharaan pun polis nak check IC….hehehhee

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.