Dengar playlist penuh di sini
.

Pergi kenduri ni sebenarnya ada satu misi utama.
Datang.
Salam tuan rumah.
Jumpa saudara-mara.
Makan.
Doakan yang baik-baik.
Lepas tu beri peluang pula kepada tetamu lain.
Nampak macam mudah.
Tapi entah kenapa, ada satu situasi di kenduri yang rasanya hampir semua orang pernah nampak. Dan kadang-kadang… boleh tahan juga rasa geramnya.
Dah habis makan.
Pinggan dah kosong.
Air tinggal ais.
Siap lap mulut.
Tapi kerusi masih dipertahankan macam kerusi urusan rasmi.
Sembang pula makin rancak.
Daripada cerita majlis kahwin, boleh meleret ke kisah sekolah anak, cerita jiran, harga barang sampai topik siapa kahwin dulu siapa putus cinta dulu.
Yang lagi kelakar, kadang-kadang meja dah lama kosong dari makanan tapi masih penuh dengan manusia yang sedang meeting tidak rasmi.
Masalahnya bukan sembang tu.
Bukan juga salah nak jumpa kawan lama.
Yelah, kadang-kadang setahun sekali baru jumpa.
Tetapi cuba tengok kiri kanan sekejap.
Sebab di belakang sana mungkin ada orang yang sedang berdiri sambil pegang pinggan.
Ada yang tengah dukung bayi.
Ada ibu mengandung.
Ada warga emas.
Dan ada juga tetamu yang dah pusing satu dewan tiga kali macam tengah cari parking.
Satu lagi perkara yang selalu berlaku.
Kerusi kosong memang ada.
Tapi bila dekat…
Eh?
Ada beg tangan.
Ada plastik.
Ada hadiah.
Ada telefon.
Kadang-kadang siap ada tudung, tisu dan botol air.
Kerusi yang sepatutnya untuk orang duduk tiba-tiba bertukar jadi stor simpanan sementara.
Orang lain tengok dari jauh ingat tempat dah penuh.
Padahal kerusi tu sebenarnya tak ada penghuni pun.
Benda macam ni nampak kecil.
Tapi bila majlis tengah sesak dan ramai orang, satu kerusi kosong pun sangat berharga.
Lagi satu situasi yang kadang-kadang buat orang makan hati dalam diam.
Nampak ada mak dukung anak.
Nampak orang tua berdiri.
Nampak ibu mengandung.
Tapi mata fokus pada telefon.
Jari laju scroll media sosial.
Kadang-kadang bukan orang minta pun.
Cukup sekadar ada rasa bertimbang rasa.
Kalau dah habis makan dan nampak orang lebih memerlukan tempat duduk, mungkin boleh bangun dan pelawa.
Tak rugi pun.
Tak kurang pahala.
Kenduri bukan sekadar tentang nasi minyak, kambing golek atau menu sedap.
Ia juga tentang adab dan rasa hormat sesama tetamu.
Kadang-kadang benda kecil beginilah yang orang ingat.
Bukan sebab marah.
Tetapi sebab ia melibatkan keselesaan orang lain.
Kalau dah habis makan, mungkin boleh sambung sembang di tempat lain.
Pergi bergambar.
Jumpa tuan rumah.
Atau berdiri tepi sambil sambung borak.
Sebab akhirnya, bukan semua orang datang kenduri untuk makan cepat-cepat.
Ada yang datang dengan anak kecil.
Ada yang penat berdiri.
Dan sedikit rasa bertimbang rasa daripada kita mungkin boleh buat pengalaman orang lain jadi lebih selesa.
Lagipun… kerusi kenduri bukan harta pusaka yang kena diwariskan
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.