Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Cepat Penat Dan ‘Spotting’, Badan Beri Tanda Kanser Faraj?

Cepat penat, rasa tak selesa atau perubahan pada tubuh bukan semuanya normal. Ada tanda yang tak patut dipandang ringan.

Bila bercakap tentang kesihatan wanita, ada sesetengah perkara yang kita rasa kecil dan anggap “alah, mungkin biasa je.” Kadang-kadang keluar spotting sikit, sakit bahagian bawah perut atau rasa cepat penat..semuanya mudah disalah anggap sebagai stres, hormon atau badan letih. Tapi ada juga keadaan di mana tubuh sebenarnya sedang cuba memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tak kena.

Walaupun kanser faraj (vagina) bukan antara kanser yang paling kerap berlaku, mengenali perubahan pada tubuh sendiri tetap penting. Bukan untuk panik tetapi supaya kita lebih peka.

Pendarahan faraj tidak normal.

Antara tanda yang mungkin berlaku adalah pendarahan faraj yang tidak normal. Contohnya pendarahan yang berlaku di luar waktu haid, spotting secara tiba-tiba atau lelehan yang luar daripada kebiasaan. Kadang-kadang ramai anggap ia sekadar gangguan hormon tetapi perubahan yang berulang atau luar biasa jangan dipandang ringan.

Perubahan tabiat membuang air kecil

Selain itu, ada juga wanita yang mula mengalami perubahan tabiat membuang air kecil atau besar. Mungkin tiba-tiba kerap sembelit, rasa sakit ketika membuang air kecil atau terasa seperti sukar untuk membuang walaupun ada rasa ingin ke tandas. Ada keadaan di mana perubahan ini berlaku kerana terdapat tekanan pada bahagian organ berhampiran.

Tekanan atau sakit di kawasan pelvis

Satu lagi perkara yang ramai mudah abaikan ialah rasa tekanan atau sakit di kawasan pelvis. Ada yang menggambarkannya sebagai rasa sengal, rasa berat atau sakit yang datang perlahan di bahagian bawah perut sama ada sebelah atau kedua-dua belah. Disebabkan rasa sakit itu tidak terlalu kuat, ramai memilih untuk tahan dan tunggu ia hilang sendiri.

Keletihan berpanjangan

Dan satu lagi tanda yang selalu disalah anggap sebagai rutin hidup orang dewasa keletihan berpanjangan. Kita selalu fikir penat sebab kerja banyak, kurang tidur atau terlalu sibuk. Tapi kalau badan rasa terlalu lemah, cepat penat dan tenaga seakan hilang untuk tempoh yang lama, mungkin ada sebab lain yang perlu diberi perhatian.

Mengalami satu atau dua simptom ini tidak bermaksud seseorang itu pasti menghidap kanser. Tetapi tubuh kita selalunya tahu lebih awal bila ada sesuatu yang berubah. Kadang-kadang, mendengar isyarat kecil daripada badan sendiri boleh membuat perbezaan yang besar.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.