Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengfamili_master

Sweet Sampai Tua, Masih Pegang Tangan Walaupun Dah 70

Masyarakat Melayu secara umumnya rasa segan, pegang tangan di mall pun kadang rasa macam kena pandang serong.

Pernah tak korang jalan-jalan kat mall, tiba-tiba nampak sepasang suami isteri Cina yang dah berumur , dalam lingkungan 60an, 70an , berjalan sambil berpegangan tangan. Slow je langkah diorang, senyum sesama sendiri, tak kisah langsung orang sekeliling tengok. Ada yang suami pegang beg isteri sebelah tangan, tangan lagi satu kepit tangan isteri. Nampak natural, nampak selesa, nampak… betul-betul loving couple.

Dan setiap kali nampak adegan macam tu, ramai yang akan berhenti sekejap dalam hati “sweetnya.” Bukan sweet yang performative, bukan sweet yang nak tunjuk kat orang. Tapi sweet yang dah sebati dalam hidup diorang. Macam pegang tangan tu dah jadi benda automatik, macam mana kita perlu bernafas untuk hidup ,macam tu lah pasangan ini perlu pegang tangan untuk tunjuk dia ada di sisi pasangan mereka.

Secara jujurnya, pemandangan macam ni memang lebih kerap kita nampak pada pasangan berbangsa Cina berbanding kaum lain, termasuklah pasangan Melayu. Kenapa ye? Bukan bermakna pasangan Melayu tak sayang atau tak romantik. Tapi mungkin ada faktor budaya dan cara didikan yang buat kita lebih tertutup bila soal tunjuk perasaan di tempat awam. Masyarakat Melayu secara umumnya rasa segan , pegang tangan di mall pun kadang rasa macam kena pandang serong. Ada yang risau orang judge, ada yang rasa janggal, ada yang memang tak biasa dari kecil tengok ibu bapa buat benda macam tu.

Dan di situlah sebenarnya kunci dia, apa yang kita tengok masa membesar, tu yang jadi ‘normal’ untuk kita. Kalau kita membesar dalam rumah yang ibu ayah selalu tunjuk kasih sayang secara terbuka , peluk, pegang tangan, puji sesama sendiri , kita pun akan bawa tabiat tu masuk dalam perkahwinan sendiri. Tapi kalau kita tak pernah nampak tu masa kecil, mesti rasa janggal.

Yang indahnya pasal pasangan tua Cina yang kita selalu kagumi tu, diorang tak perlu filter Instagram, tak perlu caption, tak perlu audience. Mereka pegang tangan sebab itu cara mereka cakap “aku masih di sini, aku masih sayang kau” walaupun dah berpuluh tahun bersama.

Mungkin tu yang kita semua boleh belajar, tak kira bangsa mana pun. Jangan tunggu anniversary atau Valentine’s Day je baru nak jadi sweet. Pegang tangan pasangan korang masa jalan kat mall tu. Biar orang tengok. Biar jadi normal. Lagipun memang halal kan?

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.