Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Tunggu Doktor 9 Pagi Ke 7 Malam, Kecewa Tapi Kagum

Bayangkan, terpaksa menunggu 10 jam untuk jumpa doktor, maksudnya orang awam perlu tetapkan 1 hari penuh untuk menunggu.

Seorang netizen baru-baru ni membuat hantaran di Instagram dan luahkan rasa kecewa tentang pengalaman beliau di salah satu hospital awam di Lembah Klang. Menurut beliau, appointment ditetapkan pada pukul 9 pagi, tapi sehingga jam 7 malam, nombor gilirannya masih belum dipanggil. Bayangkan, terpaksa menunggu 10 jam untuk jumpa doktor, maksudnya orang awam perlu tetapkan 1 hari penuh untuk menunggu di Hospital sahaja, dan kalau ada urusan lain, terpaksa ditangguh pada hari lain.

Yang lebih mengejutkan, MA (Medical Assistant) juga terpaksa buat announcement kepada sesiapa yang tak sanggup untuk tunggu lebih lama akan diberikan kelonggaran untuk reschedule appointment mereka. Bunyi macam pilihan yang lebih baik, macam considerate, tapi hakikatnya? Semua orang tahu kalau reschedule, kena tunggu berbulan-bulan lagi. Appointment hospital kerajaan bukan benda boleh dapat esok lusa. Tiga bulan, lima bulan, setahun,tu biasa je. Jadi pilihan “boleh reschedule” tu sebenarnya bukan pilihan yang baik. Nak tak nak, duduk dan tunggu je alang-alang dah habiskan seharian kat situ.

Yang lagi menyentuh hati, ada pesakit yang datang dari Seremban dan tempat-tempat jauh lain semata-mata untuk appointment di Hospital tersebut. Dah la penat, ada yang sakit kronik, ada yang bawa ahli keluarga, semua kena tunggu berjam-jam. Ada juga yang datang dari Taiping sampaikan anxiety menunggu dan terpaksa cari tempat bermalam last minute sebab dah lebih 7 malam, tapi baiknya orang Malaysia ni, mereka sabar dan sangat memahami, lagipun mungkin tu je pilihan yang mereka ada, iaitu menunggu giliran.

Situasi ini langsung bukan salah doktor atau petugas kesihatan yang terlibat. Orang awam tahu doktor dan petugas di hospital tu sendiri dah bertungkus-lumus attend patient dari pagi sampai malam, ada yang habis kerja dekat pukul 11 malam walaupun datang pagi. Netizen yang upload tu sendiri pun akui kagum tengok doktor yang masih konsisten layan pesakit dengan senyuman walaupun dah berjam-jam bekerja. Tabik spring untuk para petugas kesihatan kita.

Namun, untuk kebaikan semua, mungkin pihak berwajib boleh turun padang sesekali untuk pastikan adakah tohmahan yang dinyatakan oleh netizen ini benar-benar berlaku dan jika ia benar, sesuatu tindakan segera harus diambil untuk kebaikan orang awam dan juga para petugas kesihatan.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.