Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Tak Semua Orang Faham, Sisi Lain Kehidupan Isteri Berpoligami

Saya rasa nikmat poligami ni bila saya ada waktu cuti. Time suami balik rumah madu, saya rehat. Boleh pergi spa, salon, manjakan diri.

Bila orang sebut poligami, reaksi pertama orang ramai adalah simpati atau kecaman. Tapi hari ini di Threads, seorang wanita berkongsi sesuatu yang mungkin baharu bagi sesetengah orang. Bukan tangisan, bukan rungutan, tapi sesuatu yang jauh lebih mengejutkan, iaitu kebahagiaan yang dia kecapi dalam berpoligami.

“Saya isteri yang bermadu. Kalau ada yang tanya kenapa suami berpoligami, jawapannya sebab dia yang nak. Saya setuju sebab suami jujur,” tulisnya. Perkongsian itu ringkas, tapi cukup untuk buka ruang perbahasan di ruangan komen.

Yang menarik bukan semata-mata pengakuan itu , tapi sebab apa yang dia kongsikan mungkin lain daripada yang. Dia bukan setuju kerana terpaksa, tetapi dia nampak logik yang orang lain tak nampak. Ada wanita lain dalam perkongsian serupa juga mengakuinya dan berkongsi “Saya rasa nikmat poligami ni bila saya ada waktu cuti. Time suami balik rumah madu, saya rehat. Boleh pergi spa, salon, manjakan diri. Time tu suami dah ada orang jaga, tak risau dah.”

Me time yang tak pernah terfikir oleh ramai orang sebagai positive side poligami. Tapi ini mungkin relevant kepada golongan berduit, sebab bila suami ambil giliran ke rumah satu lagi, dia gantikan kehadirannya dengan wang ringgit supaya isteri dimanjai dengan wang ringgit di pusat membeli-belah, melancong atau apa saja aktiviti memanjakan diri yang memerlukan duit. Boleh kata “no money ,no poligami” lah kan?

Namun tentu sekali, ini bukan gambaran yang dinikmati semua wanita dalam poligami. Ramai yang membaca perkongsian ini dengan perasaan yang bercampur aduk. Netizen pun terbahagi kepada beberapa pendapat, ada yang kagum, ada yang tidak mampu membayangkan diri di posisi yang sama. “Kuatnya akak. Saya tak boleh. Terbayang suami tidur dengan perempuan lain. Makan hati seumur hidup,” tulis seorang netizen. Dan perasaan itu memang valid, siapa sanggup berkongsi dan siapa je kuat untuk bayangkan lelaki yang dicintai sedang membahagiakan wanita lain.

Hakikatnya, poligami bergantung pada banyak faktor,kejujuran suami, keadilan yang bukan sekadar diucapkan, kekuatan emosi isteri perlu diambil kira, mesti ada kewangan yang stabil dan yang paling penting, persetujuan yang lahir dari kerelaan hati bukan tekanan.

Dari sudut hak, isteri dalam perkahwinan berpoligami mempunyai hak tempat tinggal yang berasingan dan selesa, dan penolakan isteri atas dasar ketidakselesaan tidak menjadikannya bersalah di sisi agama. Ini bermakna kerangka yang betul sememangnya ada , soalnya, berapa ramai yang benar-benar mematuhinya.

Yang perlu kita faham adalah , wanita yang berkata dia bahagia dalam poligami bukan semestinya berbohong, dan wanita yang berkata dia tidak mampu menerimanya bukan semestinya lemah. Kedua-duanya jujur dengan perasaan masing-masing. Dan kedua-duanya layak didengar tanpa dihukum oleh masyarakat, jika mereka selesa dan bahagia berpoligami, jangan kita pandang serong, jangan kita sibuk menilai suami mahupun isteri yang terlibat. Dan jika ada isteri yang tak mahu berpoligami, itu pon hak yang perlu diikuti. Kita tidak hidup dalam rumah mereka maka kita sebagai orang luar tidak layak menilai apa pon situasi rumah tangga orang lain. Semoga kita semua boleh belajar menghormati setiap keputusan orang lain tanpa menilai dan memandang serong.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.