Dengar playlist penuh di sini
.
Dulu, sebagai wanita, apabila kita bercakap pasal saingan dalam perhubungan, gambaran yang terlintas adalah perempuan lain. Tapi zaman sekarang, realiti sudah berubah dan ramai wanita mula sedar bahawa mereka bukan sahaja perlu risau tentang perempuan lain, malah lelaki juga.
Pernah dengar tentang aplikasi Grindr? Aplikasi untuk golongan “gay” mencari pasangan samada “one night stand” atau ‘stable relationship” sesama jantina. Namun, ramai yang salah faham bahawa Grindr hanya digunakan oleh lelaki gay sepenuhnya. Hakikatnya, kajian menunjukkan sebahagian besar pengguna Grindr mengidentifikasi diri mereka sebagai biseksual, bermakna mereka tertarik kepada kedua-dua jantina. Ini bermakna lelaki yang ada pasangan perempuan pun boleh aktif di platform tersebut tanpa pasangan mereka tahu. Grindr sendiri mencatatkan lebih 13 juta pengguna aktif di seluruh dunia setiap bulan, dan angka itu terus berkembang. Wanita takkan tahu pasangan mereka berada dalam aplikasi tersebut melainkan mereka ada kawan gay yang jadi spy dalam aplikasi tersebut.
Kajian oleh Journal of Sex Research mendapati hampir 50% lelaki biseksual yang berada dalam hubungan heteroseksual tidak mendedahkan orientasi sebenar mereka kepada pasangan. Lebih membimbangkan, satu kajian di Amerika Syarikat mendapati daripada lelaki yang menggunakan aplikasi sesama lelaki, lebih 30% daripada mereka sedang berada dalam hubungan komited dengan wanita pada masa yang sama.
Tekanan sosial memainkan peranan besar dalam fenomena ini. Ramai lelaki biseksual memilih untuk kelihatan “normal” di mata masyarakat, berkahwin atau berpasangan dengan wanita sambil mengejar kepuasan lain secara rahsia.
Yang paling membahayakan adalah aspek kesihatan. Wanita dalam hubungan seperti ini berisiko terdedah kepada penyakit kelamin tanpa pengetahuan mereka sendiri, kerana pasangan mereka aktif dalam hubungan lain yang mungkin tidak dilindungi. Selain risiko fizikal, kesan psikologinya turut berat seperti mempersoalkan diri sendiri, rasa tidak cukup, dan trauma kepercayaan yang boleh berpanjangan lama selepas hubungan itu tamat.
Perbualan tentang kesetiaan dalam hubungan kini perlu lebih luas dan lebih jujur. Wanita bukan lagi bersaing dalam satu dimensi sahaja. Kesedaran ini bukan untuk menimbulkan rasa curiga yang tidak sihat terhadap pasangan, tapi untuk mengingatkan bahawa komunikasi terbuka dan kejujuran tentang identiti dalam sesebuah hubungan adalah asas yang tidak boleh dipandang remeh. Kebenaran, walau pahit, tetap lebih baik daripada ilusi yang indah. Jika anda sebagai lelaki tidak mampu melindungi wanita di sisi anda, berterus-teranglah, pilih untuk tinggalkan aktiviti tak bermoral tersebut atau pilih untuk tinggalkan wanita yang anda sepatutnya kasihi dan lindungi.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.