Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Kita Selalu Pergi Cari Kawan, Kawan Tak Pernah Cari Kita

Kita sanggup drive jauh demi kawan, tapi bila kita renung balik, tak pernah pula kawan tu sanggup buat perkara yang sama untuk kita.

Setiap kali nak jumpa kawan, kita je yang kena drive jauh. Padahal jarak dari rumah masing-masing sama-sama jauh, tapi entah kenapa, kita je yang asyik korban masa dan tenaga untuk sampai ke tempat dia. Kawan tu pula, seolah-olah dah jadi satu kebiasaan untuk tunngu di tempat sendiri, tunggu kita yang datang.

Kita rela je, sebab nilai persahabatan lagi penting daripada jarak. Tapi lama-lama, bila situasi ni berulang setiap kali nak berjumpa, mesti rasa penat kan? Bukan penat fizikal semata-mata, tapi penat sebab rasa macam usaha ni sehala je. Kita sanggup drive jauh demi kawan, tapi bila kita renung balik, tak pernah pula kawan tu sanggup buat perkara yang sama untuk kita.

Sebenarnya bukan salah untuk kita nak gilir-gilir. Kalau jarak sama-sama jauh, memang wajar kalau sekali-sekala kawan yang datang ke tempat kita, dan sekali sekala kita yang pergi ke tempat dia. Ini bukan pasal kira untung rugi, tapi pasal keadilan dalam sesebuah hubungan. Persahabatan yang sihat sepatutnya ada usaha daripada dua belah pihak, bukan hanya seorang je yang asyik berkorban.

Bila usaha sehala ni berterusan, lama-lama akan timbul rasa penat, dan kecil hati. Bukan sebab kita tak sayangkan kawan tu, tapi sebab kita pun ada had tenaga dan masa. Kerja seharian dah penat, lalu lintas pun tak semestinya senang, ditambah pula dengan perjalanan jauh setiap kali nak berjumpa. Bila semua ni jadi beban yang berulang, memang wajar kalau kita mula rasa serik.

Kalau tiba-tiba kita jadi senyap atau kurang bersemangat nak ajak jumpa, cuba fikir dulu sebelum tanya kenapa. Mungkin bukan sebab kita dah tak nak berkawan, tapi sebab kita dah penat dengan corak yang sama berulang kali. Kesenyapan tu selalunya bukan tanda marah, tapi tanda seseorang tu sedang mengambil masa untuk diri sendiri, sebab dah terlalu banyak kali memberi tanpa menerima balik usaha yang sama.

Kalau kawan betul-betul hargai hubungan tu, dia akan perasan corak ni dan mula ambil inisiatif sendiri untuk datang, tanpa perlu diminta. Sebaliknya, kalau selepas sekian lama tetap sama je, mungkin itu petanda yang usaha kita selama ni tak dihargai sepenuhnya.

Persahabatan yang bertahan lama bukan sebab seorang je yang sentiasa mengalah, tetapi sebab kedua-dua pihak sama-sama sanggup berkorban sedikit demi menjaga hubungan tu. Gilir-gilir dalam soal siapa yang datang bukan perkara kecil, ia menunjukkan sama ada hubungan tu memang seimbang atau hanya bergantung kepada kesabaran seorang je. Jadi kalau kawan tanya kenapa kita dah kurang bersuara, jawapan paling jujur mungkin, sebab kita pun manusia biasa yang ada had, bukan sumber tenaga yang tak pernah habis.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.