Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Boss Toksik, Staff Hospitalized Dikatakan Menghilang

Benda yang sepatutnya boleh duduk bincang baik-baik, boss lagi suka tengking dan herdik depan orang lain, macam kita ni tak ada maruah langsung.

Boss toksik ni memang satu wabak yang ramai tak sedar bahaya dia. Bukan main-main punya kesan, sampai buat pekerja anxiety, takut nak masuk kerja, stress every single day sebelum sampai pejabat pun dah rasa nak muntah. Task yang sepatutnya senang boleh siap dalam sekejap pun boleh jadi drama sebab boss suka jadikan benda simple tu complicated gila. Benda yang sepatutnya boleh duduk bincang baik-baik, boss lagi suka tengking dan herdik depan orang lain, macam kita ni tak ada maruah langsung.

Pastu pasal waktu kerja, kita semua tahu kan office hours habis pukul 5. Tapi kalau boss jenis toksik ni, dia akan cakap kita kurang kerja, tak efisien, sampai staff kena stay sampai pukul 10 malam setiap hari. Setiap hari tu, bukan sekali sekala time deadline. Life kita dah jadi kerja je, family pun tak sempat nak layan.

Yang lagi menyakitkan hati, bila staff mintak WFH ke, time off sejam dua nak settlekan urusan bank atau urusan penting, lepas tu boleh sambung kerja balik macam biasa pun still kena marah, kena suruh apply cuti rasmi. Tapi lucu sikit sebab boss sendiri buat benda yang sama tapi dia rasa dia entitled sangat nak buat, staff pulak kena ikut peraturan ketat gila.

Yang paling teruk, staff sampai kena hospitalized pun boss cakap “menghilang”. Ahli keluarga sakit pun tak dibenarkan off, melainkan ada kematian baru boleh. Macam mana logiknya kita nak tunggu orang tersayang meninggal baru boleh minta izin jaga diorang? Ni bukan kerja dah ni, ni azab.

Kenapa kena ada dictatorship macam ni dalam pejabat? Kita semua ni adult, kita paham semua orang kerja sebab nak cari rezeki, nak sara diri dan keluarga. Bukannya kita datang kerja sebab suka-suka. So tolonglah, jangan jadikan tempat orang cari rezeki tu jadi tempat yang buat orang trauma dan takut nak bangun pagi setiap hari.

Kalau anda pun rasa related dengan situasi macam ni, know that anda tak sendirian. Ramai je di luar sana lalui benda yang sama. Tapi please jaga kesihatan mental anda dulu, kerja boleh cari lagi tapi kesihatan anda cuma satu je. Untuk boss yang perangai macam ni, u know who you are, satu hari nanti, kalau ada orang buat dekat anak anda perkara sama macam anda buat pada orang, dah terlambat untuk anda muhasabah diri. Hentikan budaya kejam macam ni sekarang, setiap orang ada bebanan mereka sendiri, jadikan tempat kerja tempat yang indah untuk setiap orang mencari rezeki.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.