Dengar playlist penuh di sini
.
Anda mesti pernah dengar orang cakap mandi bunga tu untuk cepatkan jodoh. Tapi sebenarnya sekarang ni trend mandi bunga dah berubah, ramai buat bukan sebab tu je. Ada yang buat untuk self care, ada yang buat untuk lepaskan tekanan, ada juga sekadar nak badan wangi dan rasa lebih segar selepas hari yang penat.
Kalau nak tengok balik, dulu mandi bunga ni memang sinonim dengan cerita puteri raja dalam filem Melayu lama, bersiram di kolam sambil bunga bertaburan. Tapi hari ini, ramai yang buat bukan sebab nak sambut apa apa majlis, tapi sekadar nak reward diri sendiri lepas seminggu penuh kerja. Sama macam orang pergi spa, sesetengah orang anggap mandi bunga ni versi rumah punya terapi. Rendam badan dengan air suam, campur kelopak bunga wangi macam mawar, melur, cempaka, kadang tambah limau purut sikit, dan rasa memang lain macam bila keluar dari situ.
Ramai yang share cakap, lepas mandi bunga rasa kepala lebih ringan, hati lebih tenang, macam ada satu beban berat yang terlepas. Ada yang guna waktu tengah stress kerja, tengah lalui fasa emosi yang susah, atau sekadar nak tenangkan fikiran sebelum mula minggu baru. Jadi bukan lagi semata mata pasal jodoh, tapi lebih kepada jaga kesihatan mental dan emosi sendiri.
Tapi bab ni pun ada yang perlu kita jaga betul betul. Ustaz dan pihak berkuasa agama pun ada terangkan, kalau niat kita buat sebab percaya air bunga tu ada kuasa untuk tarik jodoh atau buang sial secara automatik, tu boleh jadi masalah dari segi akidah. Tapi kalau niat sekadar untuk kesegaran badan, terapi, atau relaks fikiran, ramai yang kata tiada masalah pun. Jadi yang penting di sini adalah niat kita buat benda tu untuk apa.
Trend ni pun makin viral sebab ramai kongsi cerita di media sosial, dari cara sediakan air bunga sampai rasa selepas mandi. Tak semestinya kena pergi spa mahal, ramai buat je sendiri di rumah dengan bunga yang senang didapati. Jadi kalau anda tengah rasa penat, banyak fikir, atau sekadar nak sesuatu yang buat rasa lebih baik, mandi bunga boleh jadi salah satu cara untuk anda jaga diri sendiri. Bukan untuk mengubah nasib, tapi untuk bagi ruang kepada diri sendiri berehat sekejap dari kerumitan hidup seharian.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.