Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Baru muncul dalam perarakan Merdeka, Siapakah AKPS?

Tugas utama AKPS termasuk kawal dan periksa orang, barang serta kenderaan yang masuk keluar negara, cegah aktiviti penyeludupan macam dadah...

Perasan tak masa perarakan Hari Kebangsaan baru-baru ni, ada satu kontinjen yang ramai orang tertanya-tanya, eh ni agensi apa pulak ni, baru nampak, smart pulak tu, segak-segak semuanya. Itulah AKPS, singkatan untuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia. Dan yang buat dia viral sebenarnya sebab ini penyertaan sulung AKPS dalam perbarisan Hari Kebangsaan, dengan kekuatan seramai 115 anggota berkawad sekali dengan kontinjen-kontinjen lain di Dataran Putrajaya.

Sebab tu la ramai yang confuse, ingatkan agensi baru yang tiba-tiba je muncul, sebenarnya AKPS ni memang dah wujud sejak 2024 lagi. Dia digazetkan bawah Akta 860 pada Oktober 2024, kemudian mula beroperasi rintis di Rantau Panjang, Kelantan awal 2025. Cuma baru kali ni la dia tampil secara besar-besaran depan mata rakyat masa perbarisan Merdeka, sebab tu ramai baru perasan kewujudan agensi ni.

Jadi apa sebenarnya tugas AKPS? Simple explanation, dulu kalau kita pergi pintu masuk negara macam KLIA, causeway JB, atau pelabuhan, ada macam-macam jabatan buat kerja sendiri-sendiri, ada kastam, ada imigresen, ada agensi kuarantin, semua ni kadang overlap tugas dengan satu sama lain. AKPS ni ditubuhkan untuk satukan semua fungsi tu bawah satu bumbung je, supaya proses di pintu masuk lagi lancar.

Antara tugas utama AKPS termasuk kawal dan periksa orang, barang serta kenderaan yang masuk keluar negara, cegah aktiviti penyeludupan macam dadah, senjata api dan barangan haram, buat rondaan serta kumpul risikan di kawasan sempadan darat, laut dan udara, sampai la siasat kesalahan berkaitan sempadan. Diorang juga guna teknologi AI untuk pantau ancaman dengan lebih efisien. Sasaran akhir AKPS ni nak cover semua 114 pintu masuk rasmi negara.

Dan yang paling penting untuk semua orang faham,AKPS ni bukan gantikan PDRM, imigresen atau kastam ye, dia lebih macam penyelaras yang satukan semua agensi sempadan ni supaya kerja diorang lagi sistematik, tak lah bertindih macam dulu. So bila nampak kontinjen AKPS dalam perarakan lepas ni, korang dah faham la diorang ni sebenarnya jaga keselamatan sempadan negara kita.

Movie gif. Adam Sandler in Billy Madison looks up, mesmerized by an attractive woman, and says “Soooo hot!”

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.