Dengar playlist penuh di sini
.
Ramai tak sedar yang cara kita layan anak masa kita penat atau stress boleh bagi kesan besar pada emosi anak dalam jangka panjang. Bayangkan jadi anak kecil yang membesar dengan ibu atau ayah yang macam bom jangka, tak tahu bila nak meletup. Sekejap okay je, sekejap je terus naik angin sebab benda kecil. Anak-anak ni sebenarnya sangat sensitif dengan perubahan mood parents, walaupun diorang tak faham sepenuhnya sebab parents jadi macam tu.
Selalunya benda ni berlaku sebab parents sendiri tengah burnout dengan tekanan kerja, kerja rumah, atau tanggungjawab hidup yang banyak, tapi tak sedar yang mereka jadi cepat naik angin bila layan anak. Bila anak buat silap kecil atau tanya soalan simple pun, parents boleh terus jerkah tanpa sedar. Untuk parents, mungkin nampak macam benda biasa je, tapi untuk anak kecil, moment tu boleh tinggalkan kesan yang sangat dalam.
Lama-lama, anak akan mula belajar untuk diam dan simpan cerita sendiri. Diorang jadi takut nak share apa-apa dengan parents, sebab tak pasti reaksi apa yang bakal diorang terima. Yang lebih membimbangkan, bila sesuatu berlaku pada anak, contohnya diorang terjatuh atau cedera, ramai anak pilih untuk simpan je sendiri sebab risau nanti kena marah atau kena soal siasat panjang lebar daripada dapat simpati. Ini bukan sebab anak tak sayang atau tak percaya parents, tapi sebab diorang dah belajar dari pengalaman yang reaksi parents selalu tak dapat dijangka.
Sebenarnya benda paling simple yang boleh ubah keadaan ni ialah cara parents respon time-time genting. Bila anak datang cerita pasal something yang berlaku, contohnya diorang jatuh basikal atau luka sikit, cuba tanya dulu “kamu okay tak” sebelum terus panik atau jerit. Reaksi cemas yang spontan daripada parents sebenarnya buat anak jadi lebih takut, bukan sebab kecederaan tu, tapi sebab reaksi parents sendiri. Anak-anak ni pandai baca emosi, so kalau parents nampak cemas atau marah, diorang akan simpan dalam hati yang “lain kali baik aku diam je”.
Jadi kalau nak anak lebih terbuka dan selesa berkongsi apa-apa, cuba amalkan sikap tenang dulu, walau macam mana pun keadaan tu. Bukan senang, tapi small changes macam ni yang boleh buat anak rasa selamat untuk datang cerita apa-apa dekat parents, tanpa rasa takut atau risau. Anak-anak kecil ni dia helpless, dia tak ada pilihan lain selain duduk dalam rumah tu, jadi jadikanlah rumah anda rumah yang selamat untuk anak kecil, bukan semata-mata fizikal , tapi mental anak-anak juga. Trauma hidup dengan “bom jangka” takkan hilang sampai bila-bila, walaupun mereka dah besar panjang nanti. Mereka akan cepat jadi anxious, takut tak tentu pasal dan tiada keyakinan diri.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.