Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Salah Ke Kalau Lelaki Nak Pilih Bakal Isteri Freehair?

Mungkin daripada terus marah, apa kata kita gunakan ia sebagai satu peringatan untuk diri sendiri. Cuba tengok keadaan rambut kita...

Setiap orang mempunyai citarasa dan pilihan masing-masing dalam memilih pasangan. Kalau ada lelaki yang mengatakan dia lebih suka wanita freehair kerana dia suka melihat rambut yang panjang, lebat, wangi dan terurus, salah ke? Pada akhirnya, itu adalah preference dia. Sama seperti ada lelaki yang suka wanita bertudung, ada yang suka rambut pendek, ada yang suka rambut panjang, dan ada yang langsung tidak menjadikan rambut sebagai faktor utama.

Yang menjadi masalah ialah apabila preference itu digunakan untuk menghina atau merendahkan wanita lain. Kalau seorang lelaki sekadar berkata, “Saya suka perempuan freehair sebab wanita freehair rambut wangi,”. Macam dia letak satu tanggapan umum bahawa perempuan bertudung rambut kepam.

Salah tu, jangan kerana seseorang wanita itu bertudung, terus kita anggap rambutnya mesti leper, berminyak, kepam atau tidak terurus. Ramai sebenarnya wanita bertudung yang rambutnya boleh kalah artis. Mereka pon pergi salon, potong rambut, buat treatment, gunakan hair mask, serum, jaga kulit kepala , color rambut, dan pastikan rambut sentiasa bersih serta sihat. Cuma semua itu bukan untuk tatapan orang luar kerana rambut mereka memang ditutup.

Malah, bagi sesetengah wanita, menjaga rambut adalah sebahagian daripada self-care. Mereka buat rambut bukan semata-mata untuk suami atau untuk sesiapa pun. Mereka buat kerana mereka sendiri suka rasa rambut bersih, wangi, lembut dan cantik. Sama macam kita suka pakai perfume walaupun bukan semua orang akan perasan, atau suka beli baju cantik walaupun tidak semestinya keluar rumah setiap hari.

Jadi kalau ada lelaki yang berkata dia suka wanita freehair kerana mahu isteri yang rambutnya wangi, cantik dan berkepuk-kepuk, wanita bertudung sebenarnya tak perlu terasa sangat. Sebab bertudung dan menjaga rambut bukan dua perkara yang bercanggah. Kalau kita memang menjaga rambut dengan baik, tudung bukan penghalang untuk mempunyai rambut yang cantik.

Dan untuk wanita yang terasa sentap dengan kenyataan sebegitu, mungkin daripada terus marah, apa kata kita gunakan ia sebagai satu peringatan untuk diri sendiri. Cuba tengok keadaan rambut kita. Kalau selalu berminyak, leper, berbau, jarang dicuci dengan betul atau sudah lama tidak mendapat penjagaan, mungkin sudah tiba masa untuk beri sedikit perhatian. Bukan kerana lelaki meminta, tetapi kerana kita sendiri berhak untuk rasa cantik dan terurus.

Lebih-lebih lagi bagi wanita yang sudah berkahwin. Tidak salah pun kalau sesekali kita mahu cantik untuk suami di rumah. Kalau di luar kita boleh bersiap elok-elok, pakai perfume, makeup dan pilih tudung yang cantik, kenapa bila sampai rumah kita terus abaikan diri? Suami pun manusia. Dia juga suka melihat isterinya kemas, wangi dan cantik. Tidak bermaksud setiap masa kena nampak macam baru keluar salon, tetapi usaha kecil untuk menjaga diri memang boleh membuatkan hubungan suami isteri terasa lebih menarik.

Namun begitu, penjagaan diri ini sepatutnya tidak menjadi satu kewajipan untuk memenuhi standard lelaki semata-mata. Jaga rambut kerana kita mahu rambut kita sihat. Jaga kebersihan kerana kita mahu diri kita rasa selesa. Pergi salon kerana kita mahu memanjakan diri. Kalau suami suka sekali, itu adalah bonus.

Jadi, salah ke lelaki nak pilih wanita freehair kerana dia suka rambut? Tak salah. Preference tetap preference. Tetapi jangan pula anggap wanita bertudung tidak menjaga rambut. Ramai yang rambutnya cantik, wangi, lebat dan terurus, cuma anda tidak pernah nampak.

Dan kepada wanita yang masih rasa sentap, mungkin tak perlu terlalu ambil hati. Kalau rambut sudah cantik dan terjaga, senyum saja. Kalau rasa rambut sendiri memang sudah lama diabaikan, mungkin ini masa yang sesuai untuk pergi salon.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.