Dengar playlist penuh di sini
.

Ada pasangan yang sebelum masuk “mode suami isteri”, buka lampu malap, pasang lagu… dan ada pula yang buka filem blue untuk menaikkan mood.
Katanya, nak panaskan suasana.
Tak salah kalau dua-dua memang selesa. Tapi cuba fikir sekejap…
Kalau setiap kali nak bersama kena tengok orang lain dulu, sebenarnya siapa yang sedang diperlukan untuk menghidupkan kemesraan itu?
Soalan ini mungkin pedas tapi ada sebabnya.
Pada awalnya mungkin sekadar suka-suka. Tengok bersama, kemudian sambung masa berdua.
Masalah boleh mula timbul apabila pasangan semakin rasa tak lengkap tanpa video tersebut.
Lama-lama, hubungan intim sendiri mungkin terasa kurang menarik berbanding apa yang ditonton.
Lebih-lebih lagi apabila apa yang dipaparkan mula menjadi ukuran… rupa tubuh, reaksi pasangan atau jangkaan tentang bagaimana hubungan intim sepatutnya berlaku.
Sedangkan filem dewasa ialah bahan hiburan yang dirancang untuk tontonan. Ia bukan gambaran lengkap tentang realiti hubungan suami isteri.
Yang lebih merisaukan ialah apabila mula wujud perbandingan.
“Kenapa awak tak macam tu?”
“Kenapa tak boleh buat macam dalam video?”
Ayat-ayat begini mungkin nampak kecil tetapi kalau kerap berlaku, ia boleh membuat pasangan rasa tidak cukup baik.
Hubungan intim akhirnya bukan lagi tentang dua orang yang sedang menikmati keintiman bersama tetapi tentang cuba memenuhi gambaran yang dibentuk oleh skrin.
Dan kalau seorang pasangan sebenarnya tak selesa tetapi tetap ikut kerana takut mengecewakan pasangannya, itu pun perlu diberi perhatian.
Ada kajian yang mendapati penggunaan pornografi bersama boleh dikaitkan dengan pengalaman seksual atau hubungan yang positif dalam keadaan tertentu. Tetapi kesannya berbeza mengikut pasangan, termasuk cara ia digunakan, tahap persetujuan dan sama ada penggunaannya menimbulkan konflik atau tidak.
Sebab itu soalan yang lebih penting bukan sekadar, “Boleh ke tak?”
Tetapi…
“Kalau tak ada video itu, kami masih boleh menikmati satu sama lain tak?”
Kalau jawapannya ya, mungkin ia sekadar salah satu pilihan.
Tetapi kalau jawapannya mula menjadi, “Entah… macam tak boleh,” mungkin sudah tiba masa untuk pasangan berhenti sekejap dan berbual.
Sebab dalam rumah tangga, skrin sepatutnya bukan menjadi orang ketiga yang menentukan bagaimana suami isteri menikmati masa berdua.
Apa yang kita cari dalam perkahwinan bukan sekadar tubuh yang terangsang. Kita cari pasangan yang membuat kita rasa diingini, dihargai dan cukup tanpa perlu melihat orang lain untuk mengajar kita bagaimana mahu mencintai orang yang ada di depan mata.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.