Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Suami Bunuh Isteri di Nilai, Rupanya Baru Keluar Penjara

Abang mangsa turut mendakwa suspek baru beberapa hari keluar dari penjara berkaitan kesalahan dadah.

Sampai hati seorang lelaki menghilangkan nyawa wanita yang pernah dipilihnya sebagai teman hidup. Orang yang sepatutnya melindungi, akhirnya menjadi individu yang paling mengancam keselamatan isterinya sendiri.

Kes tragis yang berlaku di Nilai pada 15 Oktober benar-benar menyayat hati. Mangsa, Norhazwani Ibrahim, 35, seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, ditemukan maut di kuarters kakitangan awam di kawasan KLIA. Suaminya dilaporkan menyerah diri kepada polis selepas kejadian dan kes disiasat sebagai kes bunuh.

Lebih menyedihkan, pasangan ini mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan dilaporkan sedang dalam proses perceraian. Abang mangsa turut mendakwa suspek baru beberapa hari keluar dari penjara berkaitan kesalahan dadah. Bagaimanapun, motif kejadian masih dalam siasatan dan kita tidak boleh terus menyimpulkan bahawa dadah menjadi punca langsung pembunuhan tersebut.

Namun, kejadian ini sepatutnya membuka mata ramai wanita tentang pentingnya mengenali pasangan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Sedikit nasihat untuk yang belum berumah-tangga, jika dari awal sudah nampak tanda-tanda ketagihan, keganasan, ugutan atau sikap panas baran yang melampau, jangan abaikan semuanya hanya kerana sayang. Tanya orang sekeliling, buat background check sama macam syarikat nak ambil pekerja, selidik dalam-dalam sebelum anda ambil keputusan untuk menikahi seseorang.

Dadah membunuh! Ketagihan ialah masalah serius yang memerlukan rawatan, dan seseorang masih boleh berubah dengan bantuan yang sesuai. Tetapi jika pasangan terus mengambil dadah, enggan mendapatkan bantuan, melakukan keganasan atau membuatkan kita hidup dalam ketakutan, jangan pertaruhkan keselamatan diri dengan berharap keadaan akan berubah sendiri dan anda mampu mengawalnya dengan alasan dia menyayangi anda.

Seorang isteri boleh menyokong suami mendapatkan rawatan, tetapi dia tidak bertanggungjawab menyelamatkan seseorang sehingga mengorbankan nyawanya sendiri.

Jika pasangan pernah mengugut atau mencederakan kita, beritahu keluarga atau individu yang dipercayai. Dapatkan bantuan dan rancang jalan keluar dengan selamat. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih buruk.

Bayangkan anak-anak yang kehilangan ibu ketika masih kecil. Mereka sepatutnya membesar dengan kasih sayang, bukannya menanggung trauma akibat tindakan orang dewasa.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.