Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengfamili_master

Anak Zaman Sekarang Bijak-bijak Tapi Mental Mudah Koyak?

Anak zaman sekarang membesar dengan semua kemudahan tapi bila hadap sedikit tekanan pun dah rasa berat.
Serious business kids in formal wear taking notes in planner while working on netbook together in contemporary office behind sofa

Anak zaman sekarang memang hebat-hebat

Umur 5 tahun dah pandai swipe YouTube, umur 7 tahun dah tahu beza model iPhone mana lagi rare, umur 10 tahun dah boleh ajar mak ayah guna apps. Kalau bab teknologi, memang kita ni nampak macam ketinggalan satu generasi.

Tapi pelik juga.

Kenapa generasi yang serba tahu ini… serba tak tahan?

Sikit-sikit stress. Sikit-sikit “I’m tired”. Kena tegur sikit, terus triggered. Silap sikit, terus hilang semangat. Macam hidup ni tak pernah bagi peluang untuk rasa susah langsung.

Atau… memang kita yang dah terlalu bagi mereka hidup senang?

Dulu, kita nak keluar rumah pun kena fikir 10 kali. Basikal pancit, tolak. Duit tak cukup, tahan. Kena marah, diam. Bukan sebab kita kuat sangat tapi sebab memang tak ada pilihan.

Sekarang?

Anak lapar…Grab. Bosan…tablet. Sunyi….TikTok. Sedih….scroll sampai lupa masalah. Semua benda ada shortcut. Jadi bila hidup datang tanpa shortcut, terus tak tahu nak handle macam mana.

Ironinya, makin banyak kemudahan, makin kurang ketahanan.

Kita sibuk nak bagi anak yang terbaik seperti sekolah terbaik, gadget terbaik, persekitaran paling selesa. Tapi dalam diam, kita terlepas satu benda paling penting iaitu latih mereka untuk rasa tak selesa.

Sebab dunia sebenar tak pernah peduli pun anak kita ni fragile atau tak.

Majikan tak tanya, “Awak okey tak hari ni?” sebelum bagi kerja. Hidup tak boleh pause bila kita rasa overwhelmed. Realiti tetap jalan.

Dan satu lagi yang kita jarang nak mengaku adalah kadang-kadang, kita ni terlalu cepat selamatkan anak.

Anak kena marah sikit, kita backup. Anak gagal sikit, kita bagi alasan. Anak tak selesa sikit, kita cepat-cepat betulkan keadaan. Niat memang baik tapi kesannya?

Anak tak sempat jadi kuat.

Mereka jadi biasa hidup dalam bubble yang kita cipta sendiri. Bila bubble tu pecah, mereka yang paling terkejut.

Bukan salah anak sepenuhnya.

Mereka cuma hasil daripada cara kita membesarkan mereka.

Jadi mungkin soalan sebenar bukan, “Kenapa anak sekarang lemah?”

Tapi…

“Adakah kita terlalu sibuk jadi penyelamat, sampai lupa nak ajar mereka bertahan?”

Sebab akhirnya, kita takkan ada dengan mereka selamanya.

Dan masa tu nanti, dunia takkan lembut macam kita.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.