Dengar playlist penuh di sini
.

Bab suruh anak gosok gigi ni kadang-kadang lebih mencabar daripada misi rahsia.
Kita dah keluarkan segala kemahiran keibubapaan. Pujuk ada. Ugut ada. Janji nak belanja aiskrim lepas gosok gigi pun pernah keluar.
Ada rumah siap jadi medan perang depan sinki.
Mak pegang berus.
Anak menjerit macam sedang diculik.
Ayah pula jadi pengadil tak rasmi.
Akhirnya berjaya juga gosok.
Lega.
Tapi beberapa bulan kemudian…
Eh?
Kenapa gigi depan anak masih nampak hitam? Kenapa mula rongak?
Mula lah sesi soal siasat keluarga masa kenduri:
“Kuat makan gula-gula ke ni?”
“Minum air manis banyak sangat kot?”
Mak pula senyum sambil hati menjerit perlahan.
Sebab rasa macam dah buat semua benda betul.
Memang makanan manis boleh menyumbang kepada kerosakan gigi.
Tetapi kadang-kadang ada perkara lain yang ramai terlepas pandang.
Terutama bila anak jenis picky eater tahap profesional.
Jenis yang menu hariannya lebih kurang:
Roti kosong.
Biskut.
Nugget.
Nasi putih.
Dan kadang-kadang makan ayam… kulit je.
Sayur?
Jangan harap.
Ikan?
Belum sempat dekat mulut dah geleng kepala.
Tubuh anak sedang membesar setiap hari.
Untuk proses itu, badan perlukan nutrien penting seperti kalsium, fosforus dan vitamin D.
Kalau pengambilan nutrisi tidak seimbang dalam jangka masa panjang, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi dan tulang.
Kadang-kadang gigi jadi antara bahagian awal yang menunjukkan ada sesuatu tak kena.
Sebab itu ada anak yang makan banyak, nampak kenyang… tetapi tubuh mungkin masih tidak cukup zat tertentu.
Inilah perangkap yang ramai ibu bapa pernah alami.
“Asalkan dia makan sudahlah.”
Ayat ni hampir semua mak ayah pernah sebut sekurang-kurangnya sekali.
Sebab bila anak susah makan, kita mula reda.
Janji ada benda masuk perut.
Tetapi makanan yang terlalu kerap terdiri daripada pilihan yang kurang seimbang boleh menyebabkan tubuh kurang mendapat nutrien penting untuk tumbesaran.
Kadang-kadang kita rasa geram.
Dah masak macam-macam, hujung-hujung anak tengok lauk macam tengok soalan Matematik Tambahan.
Tetapi ramai pakar percaya anak yang terlalu memilih makanan bukan semata-mata nak buat perangai.
Ada yang sensitif pada tekstur, bau atau rasa tertentu.
Sebab itu proses memperkenalkan makanan baru kadang-kadang perlukan masa dan kesabaran.
Jadi sebelum terlalu cepat menyalahkan gula-gula atau menyalahkan diri sendiri, mungkin ada baiknya lihat semula corak pemakanan anak secara keseluruhan.
Kerana kadang-kadang, gigi anak bukan sedang “buat hal”.
Mungkin ia cuma sedang cuba memberitahu sesuatu.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.