Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Ayah Pin: Dari Puncak Kerajaan Langit Ke Kehilangan Misteri

Ada yang kata dia lari ke luar negara, ada yang percaya dia bersembunyi dalam negara namun tiada jawapan yang benar-benar pasti.

Satu ketika dulu, nama Ayah Pin cukup menggemparkan Malaysia. Ada yang melihatnya sebagai individu pelik, ada yang mengikutnya dengan penuh kepercayaan dan tidak kurang juga yang menganggap ajarannya menyeleweng.

Nama sebenarnya ialah Ariffin Mohamed. Dia menjadi terkenal sekitar awal era 2000 melalui kumpulan yang dikenali sebagai “Kerajaan Langit” di Terengganu. Ajarannya dikatakan mencampuradukkan pelbagai elemen agama iaitu Islam, Kristian, Hindu dan Buddha dengan dakwaan bahawa semua agama adalah sama dan boleh disatukan di bawah satu “kebenaran”.

Di situlah bermulanya kontroversi besar.

Inilah tempat yang dikatakan sebagai pusat kumpulan Kerajaan Langit yang diasaskan oleh Ayah Pin yang terletak di Besut, Terengganu.

Pihak berkuasa agama memutuskan bahawa ajaran tersebut menyimpang daripada akidah Islam. Tindakan diambil, pengikut-pengikutnya ditahan dan pusat “Kerajaan Langit” akhirnya dirobohkan. Tapi di tengah-tengah kekecohan itu, Ayah Pin sendiri… hilang.

Ya, dia menghilang begitu sahaja.

Bertahun-tahun orang tertanya-tanya di mana dia? Ada yang kata dia lari ke luar negara, ada yang percaya dia bersembunyi dalam negara. Macam-macam cerita timbul tapi tiada jawapan yang benar-benar pasti.

Sehinggalah pada tahun 2016, berita kematiannya disahkan.

Dia dilaporkan meninggal dunia di Thailand akibat masalah kesihatan. Namun seperti hidupnya yang penuh kontroversi, kematiannya juga tidak terlepas daripada persoalan. Ada yang percaya, ada juga yang masih ragu-ragu dengan laporan tersebut.

Tapi apa pun spekulasi, hakikatnya fenomena Ayah Pin sudah pun berlalu.

Yang tinggal hanyalah kesan dan pengajaran.

Kisah ini bukan sekadar tentang seorang individu. Ia tentang bagaimana manusia boleh terpengaruh dengan sesuatu yang kelihatan “unik” atau “lain”, terutamanya bila ia dibalut dengan kata-kata manis tentang keamanan, kesatuan dan kebenaran.

Kadang-kadang, orang tak sedar mereka sedang menyimpang… kerana apa yang mereka dengar itu kedengaran baik.

Di sinilah pentingnya ilmu dan asas agama yang kukuh. Tanpa itu, seseorang mudah terikut-ikut, lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan individu yang karismatik dan pandai mempengaruhi.

Dalam masa yang sama, kisah ini juga mengingatkan kita bahawa setiap tindakan ada akibat. Apa yang disebarkan, apa yang diajar semuanya akan dipersoalkan, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Akhirnya, kita mungkin tidak akan tahu sepenuhnya kisah di sebalik kehilangan dan kematian Ayah Pin.

Tapi kita tahu satu perkara….

Kebenaran tidak perlu disensasikan.
Dan bila sesuatu ajaran itu mula lari daripada asas yang jelas, walau seindah mana ia dibungku tetap akan membawa manusia ke jalan yang salah.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.