Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Bangga Tak Pernah Alami Situasi “Lupa”, Boleh Percaya Ke?

Cuba recall, berapa kali kita masuk bilik tapi tak ingat apa yang nak dibuat? Berapa kali kita pegang telefon tapi lupa apa tujuan asal?

Umur 30-an hingga 40-an bukan lagi fasa hidup yang ringan. Ia bukan usia untuk bermain-main, bukan juga usia kosong tanpa beban. Umur ni, otak kita bekerja tanpa henti, siang dan malam, walaupun tubuh sedang rehat. Tanggungjawab datang serentak , kerja, keluarga, kewangan, kesihatan, masa depan. Dalam keadaan ini, lupa bukan satu kelemahan. Ia satu reaksi atas bebanan yang ditanggung dan difikirkan dalam fikiran.

Kita jarang mengaku, tetapi hakikatnya ramai antara kita hidup dalam keadaan “khayal”. Bukan khayal kerana lalai, tetapi khayal kerana terlalu sibuk berfikir. Terlalu banyak perkara berlegar dalam kepala. Kita sedang basuh pinggan, tapi fikiran di pejabat. Kita memandu, tapi fikiran pada bil yang belum dibayar. Kita duduk depan laptop, tapi fikiran melayang kepada masalah peribadi yang belum selesai.

Cuba recall.
Berapa kali kita masuk bilik tapi tak ingat apa yang nak dibuat?
Berapa kali kita pegang telefon tapi lupa apa tujuan asal?
Berapa kali kita buat benda lain yang langsung tak ada kena mengena dengan apa yang sepatutnya kita selesaikan?

Itulah fasa “khayal” yang jarang orang bicarakan. Bukan kerana kita bodoh. Bukan kerana kita cuai dengan sengaja. Tetapi kerana kepala kita sedang menanggung terlalu banyak beban dalam satu masa.

Tambahkan pula tekanan kerja. Deadline bertindih. Bos yang menekan tanpa henti. Ekspektasi yang sentiasa meningkat, tetapi empati semakin berkurang. Dalam masa yang sama, komitmen kewangan menunggu , tambah kalau ada hutang dan eperluan keluarga. Belum masuk masalah peribadi yang kita simpan sendiri, tanpa tempat untuk meluah.

Maka bila berlaku satu musibah atas sebab “lupa” atau cuai, jangan terlalu cepat memandang serong. Jangan cepat menuding jari. Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam kepala orang itu. Kita hanya melihat hasil akhirnya, bukan proses yang membebankan fikirannya setiap hari.

Ironinya, ada pula yang bangga berkata, “Aku tak pernah lupa.”
Hati-hati. Jangan terlalu bangga.

Hari ini mungkin kita masih kuat. Hari ini mungkin fikiran kita masih tajam. Tetapi lupa bukan memilih. Satu hari nanti, akan tiba juga fasa di mana kepala kita penuh. Terlalu penuh. Dan pada waktu itu, kita sendiri akan faham betapa rapuhnya manusia bila dibebankan dengan terlalu banyak tanggungjawab dalam satu masa.

Sebab itu, bila orang lain ditimpa musibah, reaksi pertama bukan kecaman. Bukan sindiran. Bukan cerita di belakang. Reaksi pertama sepatutnya istighfar. Doa. Empati.

Doakan agar urusan dia dipermudahkan.
Doakan agar dia diberi kekuatan.
Dan paling penting, doakan agar kita dan orang-orang terdekat kita dijauhkan daripada ujian yang sama.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.