Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Beli Pewangi Kereta Mahal Pun Kalah Dengan Daun Pandan!

Ramai sekarang cuba petua letak daun pandan dalam kereta. Bukan saja semerbak satu kereta, malah ada yang kata boleh bantu halau lipas juga!

Siapa saja yang tak suka kereta berbau wangi? Sebab itu ramai sanggup beli wangian kereta mahal, gantung pewangi berjenama atau sembur macam-macam spray supaya kereta sentiasa harum. Tapi masalahnya… baru beberapa hari pakai, bau terus hilang entah ke mana. Kadang baru seminggu, dah tak rasa apa-apa. Tinggal botol saja cantik tergantung.

Ada juga yang setiap bulan kena beli pewangi baru sebab bau cepat “mati”. Lagi-lagi kalau kereta selalu kena panas tengah hari atau selalu bawa makanan dan barang basah. Memang sekejap saja bau harum tu bertahan.

Sebab itu ramai sekarang mula kembali guna cara lama yang lebih murah dan natural iaitu daun pandan.

Haa… jangan terkejut. Rupanya daun pandan bukan saja bagi nasi lemak jadi wangi tapi boleh buat satu kereta semerbak harum dengan cara paling mudah. Tak perlu spray mahal, tak perlu plug-in, tak perlu pening pilih bau terlalu kuat sampai buat pening kepala.

Caranya pun senang gila.

Ambil beberapa helai daun pandan segar, simpul atau gulung sedikit, kemudian letakkan saja dekat ruang penyaman udara kereta atau celah dashboard. Ada juga yang letak bawah seat atau di tempat simpanan depan. Bila aircond dibuka, bau pandan akan tersebar perlahan-lahan ke seluruh ruang kereta.

Wangi dia bukan jenis menusuk macam sesetengah pewangi kereta. Bau pandan ni lebih lembut, segar dan menenangkan. Masuk kereta terus rasa nyaman. Kadang-kadang rasa macam masuk rumah kampung yang baru lepas masak kuih tradisional.

Yang bestnya, daun pandan juga boleh bantu kurangkan bau kurang menyenangkan dalam kereta. Kalau kereta ada bau hapak, bau makanan atau bau lembap sebab hujan, pandan boleh bantu neutralkan bau tersebut secara semula jadi.

Bonusnya, ramai juga percaya daun pandan boleh membantu menghalau lipas dalam kereta. Walaupun bukanlah jaminan 100% terus hilang, ada yang kata serangga memang kurang suka bau daun pandan yang kuat dan segar tu. Jadi sambil bagi kereta wangi, dapat juga kurangkan risiko penumpang tak diundang bersarang dalam kereta.

Malah ada yang kata cara ini lebih “mesra kepala” sebab tak terlalu kuat dengan bahan kimia. Sesuai untuk orang yang mudah pening atau loya dengan pewangi kereta biasa.

Paling penting… kos dia memang murah. Kalau tanam sendiri dekat rumah, petik saja bila perlu. Tak perlu lagi stres beli pewangi kereta mahal tapi wanginya tahan sekejap saja.

Kadang-kadang petua paling menjadi bukan yang paling moden tapi yang paling simple. Daun pandan nampak biasa-biasa tapi bila letak dalam kereta… terus rasa lain macam semerbaknya!

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.