Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Belum Berlepas, Drama Dah Meletup Dalam Penerbangan AirAsia

Isu bahasa, suara tinggi dan tuntutan pelik. Situasi dalam pesawat jadi tegang hingga penerbangan terpaksa ditunda hampir 2 jam.

Baru-baru ini, media sosial kita sekali lagi “dihiburkan” dengan satu drama percuma. Kali ini bukan di TV tapi dalam pesawat AirAsia. Lokasinya? Dari Chongqing, China menuju ke Kuala Lumpur. Plot? Pertengkaran sebelum berlepas. Watak utama? Seorang penumpang yang nampaknya lebih bersedia untuk berdebat daripada terbang.

Seperti biasa, zaman sekarang kalau tak rakam, memang rugi. Beberapa penumpang terus keluarkan telefon dan merakam situasi tersebut, lalu tersebarlah video di TikTok, Instagram dan X. Netizen pun apa lagi… popcorn tak ada, komen jalan dulu.

Menurut cerita, semuanya bermula dengan seorang wanita yang bercakap agak kuat di telefon. Katanya dia seorang pramugari luar tugas dari China Southern Airlines. Jadi mungkin dalam kepala dia, “once a cabin crew, always a cabin crew”… cuma bezanya kali ini dia di bahagian penumpang, bukan yang bekerja.

Masalah mula timbul bila ada penumpang lain merakam dirinya. Wanita tersebut terus naik angin dan minta video itu dipadamkan. Dari situ, suasana dalam pesawat mula bertukar daripada “boarding in progress” kepada “argument in progress”.

Anak kapal pun masuk campur, cuba tenangkan keadaan seperti yang memang mereka dilatih untuk buat. Mereka bercakap dalam bahasa Inggeris, bahasa standard untuk penerbangan antarabangsa. Tapi di sinilah twist berlaku.

Wanita tersebut tak puas hati.

Katanya, kenapa tak bercakap dalam bahasa Mandarin? Siap berpendapat bahawa pekerja industri perkhidmatan sepatutnya boleh berbahasa Cina kalau melayan penumpang dari China.

Di sinilah kita semua mungkin terfikir… ini pesawat antarabangsa atau kelas tambahan bahasa?

Dalam keadaananak kapal cuba kekal profesional dan bersabar tahap dewa, wanita itu terus meninggikan suara, malah dilaporkan siap minta pampasan kewangan on the spot. Ya, dalam pesawat. Sebelum berlepas.

Akhirnya, bila situasi dah mula ganggu penumpang lain dan keselamatan penerbangan, polis dipanggil. Wanita tersebut diminta turun. Pesawat pun tertangguh satu hingga dua jam kerana satu individu yang mungkin lupa dia bukan satu-satunya penumpang dalam kapal terbang itu.

Netizen? Seperti dijangka, ramai puji anak kapal AirAsia yang kekal tenang walaupun berdepan situasi “extra” macam ni. Dalam masa sama, ramai juga ambil peluang untuk ingatkan satu perkara yang nampak mudah tapi selalu dilupakan iaitu adab.

Naik kapal terbang bukan sekadar beli tiket dan duduk. Ia ruang awam dengan ratusan orang lain, masing-masing ada urusan dan destinasi. Anak kapal pula bukan sekadar “layan penumpang” tapi bertanggungjawab untuk keselamatan semua.

Insiden ini bukan sekadar hiburan viral semata-mata. Ia cerminan bagaimana sikap kita boleh memberi kesan kepada ramai orang dalam satu masa.

Dan kadang-kadang… bukan kapal terbang yang delay.
Tapi sikap kita yang “take off” dulu tanpa kawalan.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.