Dengar playlist penuh di sini
.
Tak semua nenek itu adil, penyayang dan baik. Ada juga nenek yang kehadirannya buat cucu rasa rendah diri, serba tak cukup, dan sentiasa “tak jadi pilihan”. Mungkin boleh panggil, nenek dari neraka?Tapi bagi cucu yang mengalaminya, benda ni tak lucu lansung.
Jenis nenek macam ni dia suka banding-banding cucu. Yang pandai, yang ambil kursus “famous”, yang belajar universiti besar, itu yang dia tatang-tatang dan banggakan. Yang biasa-biasa, keputusan sederhana, atau pilih laluan yang tak glamor, dia pandang hujung mata je.
Ayat dia kalau biasa dengar ,
“Cucu Mak Long tu ambil medic.”
“Yang ni belajar luar negara.”
“Yang tu kerja besar-besar dah.”
Cucu yang keputusan akademiknya sederhana mula rasa diri tak berguna. Cucu yang tak ambil kos popular dianggap salah buat pilihan hidup. Cucu yang berbakat dalam benda lain,seni, kemahiran, kerja tangan,langsung tak dipandang. Sebab dalam dunia nenek jenis ini, kejayaan hanya ada satu bentuk, kejayaan yang boleh dibanggakan depan orang lain.
Layanan pun berbeza. Cucu “emas” disambut dengan senyum lebar, ditanya makan apa, kerja macam mana, penat tak. Cucu “biasa” cukup sekadar anggukan kepala. Kadang-kadang ditambah nasihat yang tak mintak pon, bernada sindir, seolah-olah hidup cucu itu satu kesilapan dan kena betulkan ikut pilihan dia.
Yang lebih menyedihkan, semua ini sering dibuat atas nama “niat baik”. Kononnya nak beri motivasi. Kononnya nak cucu berjaya. Tapi hakikatnya, itu bukan motivasi,itu tekanan emosi. Ia ajar cucu bahawa kasih sayang dalam keluarga pun ada benchmark.
Tak ramai bercakap tentang kesan jangka panjangnya. Cucu yang sering dibandingkan akan membesar dengan rasa rendah diri. Ada yang jadi terlalu ingin membuktikan diri. Ada yang terus rasa kalah sebelum mencuba. Ada juga yang memilih untuk menjauh, bukan sebab benci keluarga, tapi sebab letih dipandang rendah.
Ironinya, nenek yang paling kuat membanding-banding inilah selalunya tertanya-tanya satu hari nanti.
“Kenapa cucu ni dah jarang balik?”
Jawapannya mudah.
Sebab rumah yang penuh perbandingan bukan tempat untuk pulang, ia tempat untuk rasa tenang.
Tak salah bangga dengan kejayaan. Tapi bila kejayaan dijadikan alat untuk mengukur nilai manusia, di situlah keluarga mula gagal. Cucu bukan trofi. Mereka bukan projek sosial. Mereka manusia yang perlukan sokongan, bukan ranking.
Kalau ada nenek yang baca ini, ingat satu perkara, kata-kata anda tinggal lebih lama daripada yang anda sangka. Cucu mungkin senyum di depan, tapi luka itu dibawa sampai dewasa.
Dan kalau anda cucu yang pernah dipandang hina,ketahuilah, nilai diri anda tak ditentukan oleh nenek.Anda boleh jadi berjaya lebih daripada apa yang dia banggakan tu.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.