Dengar playlist penuh di sini
.

Bila sebut pasal makan hati ramai kata, “Eh cholesterol tinggi lah”, “takut vitamin A berlebihan”, “bahaya untuk pregnancy” dan macam-macam lagi persepsi yang kita dengar sejak dulu.
Tapi realitinya, pandangan tentang hati ini sebenarnya berbeza daripada naratif bahaya yang sering kita dengar.
Kalau seseorang ada kencing manis, ada PCOS, ada darah tinggi atau bergelut dengan berat badan berlebihan..kadang-kadang kita terlalu fokus pada pantang larang sampai lupa satu perkara iaitu tubuh sebenarnya perlukan nutrien yang padat bukan sekadar makanan kosong.
Begitu juga untuk ibu mengandung, ibu menyusukan anak atau pasangan yang sedang usaha dapatkan anak. Ini antara golongan yang patut mempertimbangkan makanan seperti hati sebagai salah satu sumber nutrisi yang padat. Sama juga untuk mereka yang ada fatty liver, radang hati atau badan mudah letih, kadang-kadang tubuh sebenarnya perlukan makanan sebenar yang lebih rich dengan nutrien untuk sokong keadaan badan.
Hati lembu atau hati ayam sebenarnya antara makanan paling padat nutrien. Ia kaya dengan vitamin A, vitamin B12, zat besi, folate dan pelbagai mineral penting. Nutrien ini membantu menyokong metabolisme, sistem imun, kesihatan usus dan proses semula jadi badan untuk mengekalkan keseimbangan kesihatan.
Cuma yang selalu jadi isu ialah vitamin A. Ramai takut overdose. Tapi sebenarnya, kebimbangan ini banyak merujuk kepada kajian menggunakan vitamin A dalam bentuk suplemen sintetik, bukan daripada makanan semula jadi.
Vitamin A dari makanan seperti hati lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan. Badan kita juga lebih pandai mengawal jumlah yang diperlukan. Sebab itu, dalam jumlah yang sesuai, ia bukanlah sesuatu yang berbahaya seperti yang sering disalah fahamkan.
Cuma seperti semua benda dalam nutrisi, kuncinya adalah keseimbangan. Bukan makan berlebihan tapi juga bukan terus takut sampai elak sepenuhnya.
Kadang-kadang kita terlalu cepat percaya mitos sampai lupa semak ilmu sebenar di sebaliknya.
Jadi mungkin sudah tiba masa kita ubah cara fikir. Bukan sekadar takut makan hati tapi belajar faham fungsi dan manfaatnya dengan bijak.
Sebab dalam dunia pemakanan, yang penting bukan ikut rasa takut seperti apa yang digembar-gemburkan… tapi ikut ilmu.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.