Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Buku Sifir Empat Angka: Siapa Pernah Selak Buku ‘Legend’ Ni?

Generasi sekarang tekan calculator terus dapat jawapan. Budak dulu kena selak buku sifir satu-satu cari nilai sin, cos dan tan.

Budak sekolah zaman dulu mesti kenal buku ni.

Buku legend yang penuh dengan nombor pelik, titik perpuluhan dan jadual entah apa-apa… tapi semua pelajar Matematik tambahan dan subjek kira-kira memang wajib bawa.

Dulu sebelum calculator saintifik dibenarkan secara meluas, buku sifir ni lah penyelamat nyawa.

Nak cari square root, log, nilai trigonometri semua kena selak satu-satu dalam buku tu. Dan yang paling sakit… kalau tersalah tengok baris atau titik perpuluhan, habis satu soalan salah

Budak sekarang mungkin tak boleh relate.

Sekarang tekan je calculator, terus keluar jawapan siap 10 digit perpuluhan sekali. Dulu? Kena jadi detektif nombor dulu baru boleh kira.

Masa exam memang kelakar bila satu dewan bunyi:

“flip flip flip…”

Semua tengah panik selak buku sifir cari nilai.

Lagi stres bila tangan berpeluh sampai susah nak selak muka surat. Ada pula yang letak sticky note dekat page penting sebab takut lambat cari masa exam.

Dan siapa pernah kena situasi ni…

Tengah exam, tiba-tiba lupa nak cari dekat column mana

Terus rasa hidup gelap sekejap.

Yang legend, buku sifir ni walaupun nampak akademik dan serius, kondisinya selalu tragis.

Ada yang kulit buku dah tercabut.
Ada yang penuh contengan nama crush.
Ada yang siap tulis formula rahsia dekat belakang.
Dan mesti ada satu dua muka surat yang renyuk sebab terlalu kerap guna.

Tapi jujur cakap… buku sifir ni sebenarnya banyak ajar pelajar jadi lebih teliti dan sabar.

Sebab zaman tu kita tak terlalu bergantung pada teknologi. Semua kena cari sendiri, semak sendiri dan faham langkah pengiraan betul-betul.

Silap kecil pun boleh ubah jawapan.

Sebab itu budak-budak dulu bila nampak calculator saintifik mula dibenarkan dalam exam, rasa macam dunia berubah.

Tapi walaupun sekarang semuanya dah digital dan lebih mudah, buku sifir tetap jadi salah satu simbol paling nostalgia untuk budak sekolah zaman dulu sebab dia pernah jadi senjata perang dalam dewan exam.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.