Dengar playlist penuh di sini
.

Bila sebut pasal kulit telur, kebanyakan orang terus angkat kening. Ada yang geleng kepala, ada yang terus rasa loya. Logiknya mudah. Kulit telur tu kan asalnya dari reban ayam. Melekat najis, kotor dan jelas bukan sesuatu yang terlintas untuk dijadikan makanan.
Tapi peliknya, dalam dunia sains pemakanan, kulit telur sebenarnya bukan sekadar sampah dapur.
Secara fakta, kulit telur hampir 95% terdiri daripada kalsium karbonat iaitu bahan yang sama digunakan dalam banyak suplemen kalsium komersial. Sebab itu, dalam kajian pemakanan, serbuk kulit telur yang diproses dengan betul pernah digunakan sebagai sumber kalsium alternatif.
Namun di sinilah ramai orang salah faham.
Boleh dimakan tidak bermaksud perlu dimakan.
Menurut pandangan pakar pemakanan dan kesihatan awam, kulit telur memang selamat dimakan secara teori, jika ia dibersihkan dan diproses dengan betul. Proses ini biasanya melibatkan pencucian menyeluruh, pemanasan pada suhu tinggi untuk membunuh bakteria dan pengisaran sehingga menjadi serbuk yang sangat halus.
Namun pakar juga menegaskan bahawa keperluan ini tidak mendesak langsung. Kalsium boleh diperoleh dengan lebih mudah, lebih selamat dan lebih menyenangkan daripada sumber lain seperti susu, keju, yogurt, ikan bilis, sardin, sayur hijau atau suplemen moden yang telah diuji.
Secara ringkasnya kulit telur ialah pilihan, bukan keperluan.
Masalah utama kulit telur bukan kandungan kalsiumnya tetapi risiko bakteria, terutamanya salmonella. Jika kulit telur tidak dibersihkan dan dipanaskan dengan betul, risiko jangkitan makanan boleh berlaku.
Sebab itu, pakar menasihatkan:
Tanpa langkah ini, manfaat kecil yang ada boleh bertukar jadi mudarat.
Walaupun semua proses keselamatan dipatuhi, ramai masih tak boleh terima. Sebabnya bukan logik, tapi naluri manusia.
Otak kita tahu..“Ini kulit telur. Selalu ada tahi ayam melekat.”
Naluri jijik ini sebenarnya mekanisme perlindungan semula jadi. Ia buat kita lebih berhati-hati terhadap makanan yang berpotensi berbahaya. Jadi kalau rasa “euwww”, itu normal , tak pelru paksa diri.
Kalau sekadar tahu fakta, itu bagus.
Kalau nak cuba, pastikan betul-betul faham risikonya.
Tapi kalau tak sanggup langsung, tak rugi apa-apa pun.
Kalsium bukan benda rare. Kita tak perlu bersusah payah makan kulit telur semata-mata nak jadi “natural”.
Kulit telur memang boleh dimakan secara teknikal, disokong oleh fakta sains dan penjelasan pakar. Tetapi ia bukan keperluan harian dan bukan solusi ajaib untuk kesihatan tulang.
Kadang-kadang,tak semua benda yang boleh dimakan itu perlu kita makan.
Dan untuk kulit telur… rasa “euwww” itu mungkin petanda paling jujur dari badan kita sendiri.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.