Dengar playlist penuh di sini
.
Pernah tak kita berada dalam situasi di mana seseorang tu sentiasa ada, rajin text, cepat reply, cakap benda-benda yang buat kita rasa dilihat dan dihargai. Tapi bila difikir balik, hubungan tu tak ke mana-mana pun. Kata-kata ada, tapi tak ada action.
Ramai wanita pernah lalui situasi ini, dan soalan yang selalu bermain di kepala adalah , kenapa dia sanggup cakap semua tu kalau niat untuk serius pun tak ada?
Jawapannya mungkin lebih kompleks daripada sekadar “dia tak serius” atau “dia sengaja main-mainkan perasaan.” Ada kalanya, lelaki sendiri pun tidak menyedari bahawa apa yang dia ucapkan tidak selari dengan apa yang dia mampu berikan. Bila dia cakap “You penting untuk I” , dalam detik itu, dia mungkin benar-benar ikhlas. Tapi keikhlasan dalam satu momen tidak semestinya bermaksud dia bersedia untuk commit dalam jangka panjang. Perasaan dan keputusan adalah dua perkara yang berbeza, dan ramai yang belum belajar membezakan keduanya.
Ada juga elemen rasa selesa yang tanpa sedar mengikat seseorang dalam situasi sebegini. Rasa disukai, rasa diperlukan, rasa ada seseorang yang menunggu, semua itu memberi kepuasan emosi yang sangat manusiawi. Selagi affirmation itu mampu mengekalkan perasaan tersebut tanpa memerlukan sebarang komitmen, ia akan terus berlaku , bukan kerana niat jahat, tapi kerana ia mudah dan selesa.
Kemudian ada pula mereka yang genuinely keliru dengan perasaan sendiri. Mereka rasa ada sesuatu, mereka ucapkan apa yang terasa, tapi apabila tiba masa untuk melangkah lebih jauh, ketakutan datang menghalang. Takut silap, takut tak cukup bersedia, takut kehilangan kebebasan. Lalu mereka memilih untuk kekal di tengah-tengah, tidak meneruskan lebih jauh, tidak juga pergi.
Yang perlu kita ingat adalah ,affirmation tanpa tindakan bukanlah cinta. Ia adalah keselesaan, dan keselesaan itu lebih banyak memberi manfaat kepada dia daripada kepada kita. Perhatikan lebih kepada apa yang seseorang itu lakukan, bukan semata-mata apa yang dia katakan. Lelaki yang benar-benar ingin hadir dalam hidup kita tidak akan membiarkan kita tertanya-tanya tentang kedudukan kita dalam hidupnya. Kita akan rasa selamat bukan sekadar rasa istimewa.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.